Belanjawan 2027: RM280.03 juta dicadang untuk tanam semula sawit – Anwar

PUTRAJAYA –  Peruntukan sebanyak RM280.03 juta bagi Program Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 2.0 antara cadangan utama yang sedang diteliti kerajaan dalam merangka Belanjawan 2027 bagi memperkukuh sektor agrikomoditi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu adalah sebahagian daripada beberapa inisiatif utama bagi memastikan sektor agrikomoditi terus menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi, selain meningkatkan pendapatan pekebun kecil dan memperkukuh daya tahan sektor berkenaan.

Katanya, kerajaan turut mencadangkan peruntukan RM100 juta bagi Projek Jalan Ladang Pekebun Kecil Persendirian (JLPK), selain RM28.57 juta untuk Tabung Bencana dan Kawalan Penyakit Sektor Agrikomoditi.

“Bagi memastikan sektor agrikomoditi terus menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi, meningkatkan pendapatan pekebun kecil serta memperkukuh daya tahan sektor, Kerajaan MADANI merangka beberapa inisiatif utama.

“Jadi ada beberapa hal lain yang saya umumkan sedikit mengenai pemerkasaan usahawan hiliran, sektor komoditi dengan menunjukkan ini tambahan beberapa perkara yang kita sedang kaji dalam inisiatif utama di bawah Belanjawan 2027,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Anwar berkata, kerajaan turut mencadangkan RM17.05 juta bagi Pemerkasaan Usahawan Hiliran Sektor Agrikomoditi serta meneruskan Program Pembiayaan Tanam Semula Sawit (PTSS).

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, bagi pekebun kecil getah, kerajaan sudah meningkatkan kadar Insentif Pengeluaran Getah (IPG) sebanyak dua kali, daripada RM2.50 sekilogram pada 2019 kepada RM2.70 sekilogram pada 2023 sebelum dinaikkan lagi kepada RM3 sekilogram pada 2024.

Dalam sektor sawit pula, menurut beliau, kerajaan mulai 2024 menambah baik bantuan tanaman semula yang sebelum ini dilaksanakan menerusi pembiayaan 100 peratus pinjaman kepada kaedah hibrid, iaitu 50 peratus geran dan 50 peratus pinjaman mudah pada kadar serendah dua peratus, dengan peruntukan RM100 juta.

“Kerajaan juga meningkatkan peruntukan penyelenggaraan jalan ladang di seluruh negara kepada RM50 juta pada 2026 ketimbang RM8 juta pada 2022 bagi membantu memastikan akses dan kemudahan pekebun kecil lebih baik.

“Sementara itu, setakat September 2026, seramai 270,000 pekebun kecil termasuk pengusaha kecil sawit, getah, koko, lada dan kenaf menerima bantuan tunai BUDI Agrikomoditi sebanyak RM400 sebulan,” katanya.

Katanya, keseluruhan inisiatif berkenaan mencerminkan tumpuan kerajaan untuk memastikan sokongan kepada pekebun kecil bukan sahaja melalui peningkatan produktiviti dan tanaman semula, malah merangkumi bantuan pendapatan serta kemudahan asas yang menyokong kegiatan agrikomoditi.

Related Posts

Mekanisme ASEAN perlu ditambah baik tangani jerebu rentas sempadan – Anwar

PUTRAJAYA– Mekanisme ASEAN dalam menangani pencemaran jerebu rentas sempadan perlu diperkasa secara holisik bagi memastikan isu pembakaran hutan dan aktiviti perladangan yang memberi kesan kepada negara jiran tidak terus berulang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pertemuan diplomat AS dengan pembangkang perkara biasa dalam diplomasi – Penganalisis

PERTEMUAN antara wakil diplomatik Amerika Syarikat (AS) dengan pemimpin pembangkang bukan sesuatu yang luar biasa, sebaliknya sebahagian daripada amalan diplomasi untuk memahami perkembangan politik sesebuah negara, kata Ahli Majlis Penasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

Lebih RM1 bilion selesai ‘warisan’ masalah bekalan air

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Lebih RM1 bilion selesai ‘warisan’ masalah bekalan air