Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

PUTRAJAYA – Kerjasama dan muafakat dalam kalangan anggota Jemaah Menteri secara keseluruhannya masih berada pada tahap baik biarpun wujud pelbagai dakwaan terutama di media sosial.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama dalam Jemaah Menteri menjadi antara faktor yang menyumbang kepada kestabilan politik dan membolehkan kerajaan merancang hala tuju negara.

“Betul, kita tidak menafikan prestasi kita membanggakan kerana dasar yang jelas, politik yang stabil, kerjasama yang ada dalam Jemaah Menteri walaupun kadang-kadang dalam media sosial itu lain sedikit.

“Tapi dari segi kerjasama, umumnya kita muafakat dengan baik dan ini memberikan gambaran kestabilan dan boleh kita merencanakan untuk negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), pada Selasa.

Turut hadir, Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Sebelum ini, media melaporkan hubungan Anwar dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan kian tegang sehingga menyebabkan mesyuarat Jemaah Menteri kebelakangan ini berlangsung lebih singkat berbanding biasa.

Memetik sumber, dikatakan ketegangan tersebut berpunca keputusan Ahmad Zahid untuk Barisan Nasional (BN) menentang Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan baru-baru ini.

Keadaan itu difahamkan turut dipengaruhi tekanan daripada DAP supaya reformasi institusi dilaksanakan menjelang akhir tahun dan Anwar perlu mendapatkan sokongan blok Ahmad Zahid bagi mendapatkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat sebelum pindaan Perlembagaan Persekutuan dapat dibuat.

Mengulas lanjut Anwar berkata, kestabilan politik yang wujud perlu dimanfaatkan kerajaan untuk meneruskan perancangan serta melaksanakan dasar yang memberi manfaat kepada negara.

“Jangan terlalu selesa dengan pencapaian yang diraih, sebaliknya terus berusaha memastikan prestasi kerajaan dapat dipertingkatkan.

“Pencapaian yang membanggakan tidak seharusnya menyebabkan kerajaan dilamun rasa enak dan senang dengan kejayaan, sebaliknya perlu menjadi dorongan untuk terus bekerja demi kepentingan negara,” katanya.

Related Posts

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

PUTRAJAYA – Penjawat awam diingatkan supaya tidak bekerja sambil lewa atau berasa selesa dengan pencapaian yang telah diperoleh kerajaan pada ketika ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prestasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

ANGKA RM454 juta yang dicatatkan Terengganu bagi tahun 2025 sememangnya satu pencapaian yang wajar diiktiraf. Ia dilaporkan sebagai kutipan hasil negeri tertinggi dalam tempoh 10 tahun tanpa mengambil kira pemberian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026