Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

KUALA LUMPUR – Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) memaklumkan kadar tambang perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) masih belum dimuktamadkan dan sebarang maklumat yang tular kini adalah tidak tepat.

MRL dalam satu kenyataan berkata, maklumat mengenai anggaran tambang ECRL yang kembali tular di media sosial tidak pernah disahkan oleh mana-mana pihak berkuasa.

“Sebarang kadar tambang rasmi bagi perkhidmatan penumpang ECRL hanya akan diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia selepas proses penilaian dan kelulusan dimuktamadkan,” katanya.

Sebelum ini, tular grafik ‘Anggaran Tambang ECRL 2027’ yang memaparkan anggaran tambang sehala beberapa laluan.

Antaranya Kota Bharu-Kuala Terengganu RM25-RM35, Kota Bharu-Kuantan RM45-RM60 dan Kota Bharu-Gombak RM80-RM110.

Grafik sama turut menyatakan angka berkenaan hanya unjuran untuk tujuan perancangan pelancongan dan bukan kadar rasmi ECRL.

MRL berkata, pihaknya menghargai keterujaan orang ramai terhadap perkhidmatan ECRL.

Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan tidak membuat andaian berdasarkan maklumat tidak disahkan.

Sebaliknya rujuk pengumuman rasmi melalui saluran Kementerian Pengangkutan Malaysia, MRL dan ECRL.

Related Posts

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

KUALA LUMPUR – Kajian Suara Wanita 2025/2026 membawa kepada lima hala tuju dasar yang wajar diberi perhatian kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Bantuan RM400 bukan penyelesaian mutlak masalah pekebun kecil – Anwar

Bantuan RM400 bukan penyelesaian mutlak masalah pekebun kecil – Anwar

Kerja mengisar ikan bertukar tragedi, jari lelaki tersepit mesin

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Kerja mengisar ikan bertukar tragedi, jari lelaki tersepit mesin

Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat