Kerja mengisar ikan bertukar tragedi, jari lelaki tersepit mesin

SANDAKAN – Seorang lelaki berusia 26 tahun cedera selepas jari tangan kanannya tersepit dalam mesin pengisar ikan di Tian Sia, di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.11 petang itu, mangsa dilaporkan tersepit ketika menggunakan mesin berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, PKPgB Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.11 petang sebelum lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan dikejarkan ke lokasi.

“Pasukan tiba di lokasi pada pukul 2.14 petang dan mendapati seorang lelaki mengalami kecederaan selepas jari tangan kanannya tersepit di dalam mesin pengisar ikan.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi menyelamat dengan menggunakan peralatan khas bagi melepaskan jari mangsa yang tersepit,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, mangsa turut diberikan rawatan awal oleh pasukan bomba di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 3.25 petang selepas keadaan didapati terkawal dan tiada tindakan lanjut diperlukan,” katanya.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Bantuan RM400 bukan penyelesaian mutlak masalah pekebun kecil – Anwar

Bantuan RM400 bukan penyelesaian mutlak masalah pekebun kecil – Anwar

Kerja mengisar ikan bertukar tragedi, jari lelaki tersepit mesin

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Kerja mengisar ikan bertukar tragedi, jari lelaki tersepit mesin

Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat