Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

TULAR di media sosial beberapa keping gambar legenda Harimau Malaya, Datuk Abdah Alif, 72, berkahwin dengan gadis berusia 20 tahun.

Bagaimanapun adiknya, Datuk Yunus Alif mengesahkan majlis perkahwinan itu berlangsung bulan lalu.

“Alhamdulillah, mereka baru sahaja bernikah pada 27 Ogos lalu. Kedua-dua keluarga sudah bersetuju dan merestui perkahwinan ini. Kita doakan semoga mereka berdua bahagia,” katanya.

Menurut Yunus, Abdah kini dipercayai sedang meluangkan masa bersama pasangan selepas melangsungkan pernikahan, menyebabkan beliau tidak dapat menjawab panggilan telefon.

“Mungkin sekarang mereka sedang berbulan madu, sebab itu dia tidak menjawab panggilan. Apa yang pasti, mereka memang sudah bernikah dan kita doakan yang terbaik buat kedua-duanya,” katanya.

Yunus turut menitipkan doa agar ikatan yang dibina abangnya itu berkekalan serta dikurniakan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.

“Semoga mereka terus bahagia dan kekal bersama hingga ke Jannah,” katanya.

Abdah merupakan antara nama besar dalam sejarah bola sepak negara, khususnya ketika era kegemilangan Harimau Malaya pada penghujung 1970-an dan awal 1980-an.

Beliau adalah antara pemain yang membantu Malaysia melayakkan diri secara merit ke Sukan Olimpik Moscow 1980 selepas skuad negara menewaskan Korea Selatan 2-1 dalam aksi penentuan.

Ketika itu, Abdah berada dalam generasi emas bola sepak negara dan beraksi bersama beberapa legenda termasuk Datuk Soh Chin Aun, Datuk Santokh Singh serta Datuk Jamal Nasir Ismail.

Bagaimanapun, impian untuk beraksi di pentas Olimpik tidak kesampaian selepas Malaysia mengambil keputusan memboikot Sukan Olimpik Moscow 1980 sebagai tanda bantahan terhadap pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

Selepas sekian lama meninggalkan dunia persaingan bola sepak, Abdah kini kembali menjadi perhatian peminat, kali ini menerusi berita bahagia mengenai kehidupan peribadinya.

Related Posts

PH tampil 21 calon pada PRN Melaka

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) mengumumkan 21 calon daripada tiga parti komponennya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, tujuh calon lebih rendah berbanding jumlah yang ditandingi gabungan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih baik kerajaan tanggung beban subsidi daripada rakyat menderita – Anwar

MELAKA – Kerajaan MADANI akan terus mempertahankan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter menerusi inisiatif BUDI95 meskipun kos subsidi minyak negara diunjurkan mencecah sehingga RM45 bilion setahun susulan kenaikan harga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH tampil 21 calon pada PRN Melaka

PH tampil 21 calon pada PRN Melaka

Seni gong khazanah warisan, pacu ekonomi luar bandar

  • By Ithma
  • October 24, 2026
Seni gong khazanah warisan, pacu ekonomi luar bandar

Masjid perlu jadi pusat pembangunan ummah, bukan sekadar tempat ibadah – Fadillah

Masjid perlu jadi pusat pembangunan ummah, bukan sekadar tempat ibadah – Fadillah

Sabah sasar SSR padi, beras 40 peratus perkukuh keterjaminan makanan

Sabah sasar SSR padi, beras 40 peratus perkukuh keterjaminan makanan

PH masuk gelanggang PRN Melaka bukan ‘tangan kosong’

PH masuk gelanggang PRN Melaka bukan ‘tangan kosong’

Pengundi Batu Danau diseru nilai rekod pembangunan GPS – Paulus

Pengundi Batu Danau diseru nilai rekod pembangunan GPS – Paulus