SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan bagi isu kelewatan pengagihan bekalan baja sebatian tambahan (Baja 3) kepada pesawah di Kedah.

SPRM Kedah menerima aduan daripada Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) pada 26 Ogos lalu dan satu kertas siasatan telah dibuka.

Ia bagi menyiasat aduan tersebut berhubung kelewatan pembekalan baja yang dilantik Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk memenuhi keperluan kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berkeluasan 100,000 hektar.

Menurut sumber, siasatan berhubung isu tersebut dilakukan SPRM Kedah bagi menyiasat bukan sahaja daripada aspek jenayah, namun termasuk sebarang isu kelemahan tatakelola yang wujud sehingga berlakunya kelewatan tersebut.

“Setakat ini SPRM telah merakam percakapan seorang saksi daripada Pesawah dan menerima beberapa dokumen berkaitan.

“SPRM menyambut baik gesaan serta keprihatinan Perdana Menteri diatas isu ini dan telah berhubung dengan pihak KPKM serta Mada bagi siasatan lanjut,” katanya hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd. Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Related Posts

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

MUKAH – Polis menahan dua lelaki warga asing yang disyaki mencuri sebuah motosikal menerusi satu serbuan di rumah pekerja ladang kelapa sawit Ulu Penipah pada malam Ahad. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

  • By Ithma
  • September 7, 2026
MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah