Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

KUALA LUMPUR – Kajian Suara Wanita 2025/2026 membawa kepada lima hala tuju dasar yang wajar diberi perhatian kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Beliau berkata, ia termasuklah memperkasakan penyertaan wanita dalam ekonomi, melindungi sepanjang tempoh bekerja dan menjaga keluarga, perlindungan undang-undang dengan penguatkuasaan berkesan, penyertaan politik wanita daripada sekadar aspirasi kepada akauntabiliti institusi serta memastikan bantuan kerajaan benar-benar boleh diakses.

“Dasar berkaitan wanita perlu dibentuk berasaskan suara dan pengalaman sebenar golongan itu bagi memastikan setiap inisiatif kerajaan benar-benar memenuhi keperluan mereka.

“Ini penting kerana ia membawa satu mesej yang jelas, iaitu dasar yang baik bermula daripada dasar yang mendengar.

“Ia bukan sekadar angka dan statistik, tetapi merupakan suara sebenar wanita Malaysia mengenai perkara yang membebankan mereka, harapan serta keperluan mereka daripada negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival Wanita Mendunia dan Pelancaran Kajian Suara Wanita (National Women’s Survey 2025/2026) di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak, Cheras, pada Ahad.

Untuk rekod, kajian tersebut melibatkan lebih 1,000 wanita di seluruh Malaysia, selain hampir 270 wanita menerusi sesi Wanita Mendunia serta penglibatan komuniti di pelbagai zon.

Katanya, Malaysia berada di kedudukan ke-128 daripada 148 negara dalam aspek pemerkasaan politik wanita, manakala 62.7 peratus responden berpandangan wanita masih kurang diwakili di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

“Ini menunjukkan persoalannya bukan tentang keupayaan wanita, tetapi peluang dan akses yang masih perlu diperluaskan,” katanya.

Dalam pada itu, kos sara hidup dikenal pasti sebagai kebimbangan utama wanita Malaysia apabila 54.2 peratus responden menganggap isu berkenaan paling memberi kesan terhadap kehidupan seharian mereka, mengatasi isu peluang pekerjaan dan pendapatan.

“Ia adalah seruan kepada kita semua untuk memastikan suara wanita yang dikumpulkan melalui kajian ini tidak sekadar tinggal di atas kertas, tetapi diterjemahkan kepada perubahan sebenar dalam kehidupan wanita Malaysia,” katanya.

Wan Azizah turut merakamkan penghargaan kepada Suluh Centre serta semua rakan strategik yang menjayakan Karnival Wanita Mendunia dan Kajian Suara Wanita, yang disifatkan sebagai inisiatif penting dalam memperkukuh perbincangan dasar berkaitan wanita di negara ini.

Related Posts

11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam
  • AdenAden
  • September 5, 2026

IPOH – Seorang lelaki yang ditetak dengan parang hingga cedera parah oleh sekumpulan lelaki, di sini pada Selasa lalu disyaki berpunca daripada dendam dan tidak puas hati terhadap mangsa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

ARAU – Kementerian Pertahanan akan menjalankan kajian bagi menambah baik bayaran insentif kepada Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) sebagai usaha meningkatkan daya tarikan penyertaan mahasiswa dalam pasukan berkenaan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

  • By Fatin
  • September 7, 2026
Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200