Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menasihati rakyat supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan risiko kesihatan akibat cuaca panas serta jerebu yang sedang melanda.

Baginda berdua mengingatkan orang ramai supaya meminum air secukupnya, mengurangkan aktiviti fizikal berat di kawasan terbuka terutama ketika cuaca paling panas, memakai pakaian ringan dan longgar serta berehat di tempat teduh atau kawasan yang sejuk.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya peka terhadap tanda-tanda awal masalah berkaitan haba seperti sakit kepala, pening, loya, kekejangan otot, keletihan melampau dan kekeliruan, serta mendapatkan rawatan segera sekiranya keadaan menjadi serius.

Nasihat tersebut dizahirkan susulan kejadian seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal, 21, yang meninggal dunia selepas mengalami masalah berkaitan haba ketika menyertai Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) di Kampus UiTM Jengka.

Allahyarham disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian itu, lapan lagi pelajar turut dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah berkaitan haba ketika menyertai acara ketahanan berkenaan.

Dua pelajar termasuk Allahyarham menerima rawatan di HoSHAS, manakala tujuh lagi dilaporkan dirawat di Hospital Jengka.

Sehubungan itu juga, Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham serta berharap mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

Baginda berdua turut mendoakan agar para pelajar yang masih menerima rawatan diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

Related Posts

Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

TELUPID – Empat individu maut selepas kereta Proton Saga BLM yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori Isuzu di hadapan Kedai Makan Rosalinda, Kampung (Kg) Gambaron, di sini pada Rabu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim mendakwa beliau menandatangani Surat Cara Proklamasi yang tular baru-baru ini dalam keadaan terpaksa. Beliau berkata, laporan polis telah dibuat kira-kira jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

  • By Fandi
  • September 9, 2026
Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

Azeez tidak mengaku salah guna kedudukan dalam TH jadi Pengerusi Putrajaya Perdana

Azeez tidak mengaku salah guna kedudukan dalam TH jadi Pengerusi Putrajaya Perdana

Kerajaan Sarawak salur sumbangan RM100,000 buat keluarga mangsa nahas helikopter

Kerajaan Sarawak salur sumbangan RM100,000 buat keluarga mangsa nahas helikopter