AMK mahu dakwaan tawaran AS kepada Pas disiasat

LUMUT – Percanggahan kenyataan berhubung dakwaan Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan kepada Pas untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu diselesaikan menerusi siasatan pihak berkuasa, kata Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, perkara itu tidak wajar dibiarkan berlarutan selepas Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang membuat dakwaan berkenaan, manakala Kedutaan AS tampil menafikannya.

Katanya, siasatan penting bagi menentukan kesahihan dakwaan yang menyentuh soal campur tangan kuasa asing dalam urusan politik negara.

“Satu pihak berkemungkinan berbohong dan ini harus disiasat oleh pihak berkuasa.

“Apabila pendedahan ini dibuat, kita desak pihak berkuasa memulakan siasatan untuk melihat semula sama ada benar dakwaan dibangkitkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan penutupan Majlis Adat Istiadat Khatam Keris Peringkat Kebangsaan, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK), di tapak perkhemahan Teluk Batik, di sini, hari ini.

Muhammad Kamil yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera sekiranya dakwaan berkenaan didapati benar.

“Kalau benar, maka harus ada tindakan segera diambil kerana kita tidak boleh izinkan mana-mana pihak yang cuba menggunakan kuasa luar secara langsung untuk meruntuhkan sistem.

“Cubaan untuk meruntuhkan kerajaan adalah satu kesalahan serius yang tidak boleh dipandang ringan,” katanya.

Dakwaan itu dibuat Abdul Hadi ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Pas Ke-72 di Kota Bharu, semalam.

Abdul Hadi dilaporkan mendakwa tawaran berkenaan disampaikan wakil AS ketika lawatan Presiden AS ketika itu, Barack Obama ke Malaysia.

Beliau mendakwa beberapa pemimpin PAS ketika itu dijemput menghadiri satu majlis di Kedutaan AS dan tawaran berkenaan berlaku ketika parti itu masih menjadi sebahagian daripada Pakatan Rakyat, antara April 2008 hingga Jun 2015.

Bagaimanapun, Ketua Misi Kedutaan AS di Kuala Lumpur, David H Gamble Jr, hari ini menafikan dakwaan berkenaan menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman sosial.

Related Posts

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

PUTRAJAYA – Penjawat awam diingatkan supaya tidak bekerja sambil lewa atau berasa selesa dengan pencapaian yang telah diperoleh kerajaan pada ketika ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prestasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

PUTRAJAYA – Kerjasama dan muafakat dalam kalangan anggota Jemaah Menteri secara keseluruhannya masih berada pada tahap baik biarpun wujud pelbagai dakwaan terutama di media sosial. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026