PP26 tawar khidmat kesihatan percuma, 33 penderma darah tampil di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU – Seramai 33 penderma tampil menyumbang darah menerusi program Community Health Engagement (CHE) sempena Pacific Partnership 2026 (PP26) yang telah berlangsung di Imago Shopping Mall, di sini, pada Sabtu.

Menurut kenyataan Sekretariat Perhubungan Awam, Markas Angkatan Bersama, program berkenaan turut menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan percuma kepada masyarakat setempat termasuk pemeriksaan kesihatan asas, konsultasi perubatan, fisioterapi, rawatan pergigian dan audiologi.

“Program derma darah yang dikendalikan Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) berjaya mengumpulkan 33 penderma, khususnya bagi membantu memenuhi keperluan bekalan darah jenis O dan B di sekitar Kota Kinabalu.

“Selain itu, pendidikan berkaitan kebersihan dan penyakit turut diberikan kepada pengunjung sebagai sebahagian usaha meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan kesihatan dalam kalangan masyarakat.

“Sebanyak 450 kit pergigian dan kit kebersihan turut disumbangkan kepada kanak-kanak menerusi penglibatan Malayan Banking Berhad (Maybank) dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB),” ujar kenyataan tersebut pada Sabtu.

Tambahnya, CHE melibatkan penyertaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama rakan antarabangsa serta negara peserta termasuk Australia, Jepun, Jerman, Kanada, Korea Selatan, Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

“Program ini merupakan antara pengisian PP26 yang berlangsung di Sabah dari 2 hingga 15 September ini dengan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan bersama masyarakat menerusi aktiviti kesihatan komuniti dan pendidikan awam.

“PP26 merangkumi empat komponen utama iaitu Engineering Civil Action Program (ENCAP), Medical Civil Action Program (MEDCAP), Disaster Management dan Host Nation Outreach Engagement.

Kesemua komponen berkenaan dirangka bagi memperkukuh kesiapsiagaan, meningkatkan kerjasama awam-tentera serta membina daya tahan komuniti dalam menghadapi krisis kemanusiaan dan bencana alam.,” kongsi kenyataan tersebut.

Antara agensi dan pasukan yang turut menjayakan program berkenaan ialah Tentera Laut Amerika Syarikat, Tentera Darat Amerika Syarikat, Perkhidmatan Kesihatan Awam Amerika Syarikat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Darat Malaysia (TDM), Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan Hospital Queen Elizabeth II (HQE II).

Turut terlibat ialah Angkatan Tentera Kanada, Angkatan Tentera Jerman, Pasukan Pertahanan Diri Jepun serta Tentera Laut Republik Singapura, yang bersama-sama berkongsi kepakaran dan melaksanakan aktiviti kesihatan serta pendidikan kepada masyarakat setempat.

Pacific Partnership merupakan misi kesiapsiagaan dan bantuan kemanusiaan multinasional yang menghimpunkan negara-negara rakan bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang kesihatan, kejuruteraan, pengurusan bencana serta hubungan bersama komuniti.

Bagi PP26 di Sabah, program berlangsung selama 14 hari bermula 2 hingga 15 September dengan pelbagai aktiviti menerusi empat komponen utama iaitu Engineering Civil Action Program (ENCAP), Medical Civil Action Program (MEDCAP), Disaster Management dan Host Nation Outreach Engagement, bagi memperkukuh kesiapsiagaan serta kerjasama dalam menghadapi krisis kemanusiaan dan bencana alam.

Related Posts

Abu Bakar digugurkan, Izizam terajui Bersatu Perlis

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah digugurkan daripada jawatan Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis berkuat kuasa 3 September lalu. Jawatan tertinggi Bersatu negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gangguan bekalan simen di Sabah dijangka pulih pertengahan September

KOTA KINABALU – Bekalan simen di Sabah yang mengalami gangguan ketika ini dijangka pulih sepenuhnya menjelang pertengahan September susulan kilang Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) di Teluk Sepangar kembali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tuntutan RHB Capital terhadap Rashid ditolak sepenuhnya, rayuan turut ditarik balik – Peguam

Tuntutan RHB Capital terhadap Rashid ditolak sepenuhnya, rayuan turut ditarik balik – Peguam

Meta disaran perluas sekatan pengguna bawah 18 tahun di seluruh dunia

Meta disaran perluas sekatan pengguna bawah 18 tahun di seluruh dunia

Abu Bakar digugurkan, Izizam terajui Bersatu Perlis

Abu Bakar digugurkan, Izizam terajui Bersatu Perlis

‘Masuk Pas, masuk syurga’ bukan jaminan, jangan takbur dengan perjuangan politik – Tajuddin

‘Masuk Pas, masuk syurga’ bukan jaminan, jangan takbur dengan perjuangan politik – Tajuddin

Gangguan bekalan simen di Sabah dijangka pulih pertengahan September

  • By Ezmie
  • September 5, 2026
Gangguan bekalan simen di Sabah dijangka pulih pertengahan September

PP26 tawar khidmat kesihatan percuma, 33 penderma darah tampil di Kota Kinabalu

  • By Ezmie
  • September 5, 2026
PP26 tawar khidmat kesihatan percuma, 33 penderma darah tampil di Kota Kinabalu