Rawatan pergigian asas dalam PeKa B40 sedang diteliti

KOTA KINABALU – Cadangan memperluaskan saringan dan rawatan pergigian asas menerusi Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) sedang diteliti Kementerian Kesihatan (KKM) dari aspek kebolehlaksanaannya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, cadangan itu antara pandangan dikemukakan pengamal kesihatan pergigian menerusi Sesi Libat Urus Belanjawan 2027.

“Cadangan supaya saringan dan rawatan pergigian asas diperluaskan ke dalam Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) sedang diteliti dari aspek kebolehlaksanaannya oleh pihak kementerian.

“Kesihatan pergigian perlu dilihat sebagai sebahagian daripada penjagaan kesihatan secara holistik kerana masalah kesihatan mulut bukan sahaja menjejaskan nutrisi, malah mempunyai kaitan dengan kawalan penyakit metabolik seperti diabetes,” ujarnya semasa merasmikan Pusat Pakar Pergigian Sabah, di sini, pada Sabtu.

Menurut Dzulkefly, dapatan National Oral Health Survey for Adults (NOHSA) 2020 mendapati antara 10 hingga 14 peratus populasi dewasa memerlukan rawatan periodontal kompleks dan rehabilitasi prostesis.

Justeru, katanya, KKM perlu terus memperkukuh aspek pencegahan, rawatan primer dan perkhidmatan kepakaran sebagai satu rangkaian penjagaan yang tersusun, responsif serta berimpak tinggi.

Dalam pada itu, Dzulkefly berkata, Pusat Pakar Pergigian Sabah yang dibangunkan menerusi pelaburan kerajaan berjumlah RM32.76 juta itu akan menjadi fasiliti rujukan kepakaran pergigian di luar persekitaran hospital pertama di Malaysia Timur.

Pusat berkenaan berfungsi sebagai hab rujukan untuk Sabah, utara Sarawak dan Labuan, membabitkan 3.95 juta penduduk serta merekodkan lebih 8,500 kehadiran pesakit sejak mula beroperasi pada 5 Januari hingga 31 Ogos lalu.

Related Posts

Meta disaran perluas sekatan pengguna bawah 18 tahun di seluruh dunia

KULAI – Kementerian Komunikasi menyarankan Meta supaya memperluas pelaksanaan sekatan tambahan terhadap pengguna berusia bawah 18 tahun di seluruh dunia, bukan hanya di Amerika Syarikat. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Masuk Pas, masuk syurga’ bukan jaminan, jangan takbur dengan perjuangan politik – Tajuddin

KENYATAAN Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa menyertai parti itu dan berjuang atas landasan Islam boleh membawa seseorang ke syurga tidak seharusnya difahami sebagai jaminan terhadap kedudukan seseorang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Meta disaran perluas sekatan pengguna bawah 18 tahun di seluruh dunia

Meta disaran perluas sekatan pengguna bawah 18 tahun di seluruh dunia

Abu Bakar digugurkan, Izizam terajui Bersatu Perlis

Abu Bakar digugurkan, Izizam terajui Bersatu Perlis

‘Masuk Pas, masuk syurga’ bukan jaminan, jangan takbur dengan perjuangan politik – Tajuddin

‘Masuk Pas, masuk syurga’ bukan jaminan, jangan takbur dengan perjuangan politik – Tajuddin

Gangguan bekalan simen di Sabah dijangka pulih pertengahan September

  • By Ezmie
  • September 5, 2026
Gangguan bekalan simen di Sabah dijangka pulih pertengahan September

PP26 tawar khidmat kesihatan percuma, 33 penderma darah tampil di Kota Kinabalu