Program Semarak Merdeka MADANI medan rapat hubungan komuniti

KUANTAN – Penganjuran program Semarak Merdeka MADANI Inderapura di Taman Inderapura, dekat sini, bertepatan dengan sambutan bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang bakal disambut 16 September ini.

Pengerusi Kejiranan Rukun Tetangga (KRT) Taman Inderapura, Ahmad Yussri Abd Rashid berkata, program berkenaan bukan sahaja dapat menghidupkan budaya hidup sihat, tapi juga dapat merapatkan hubungan antara komuniti di situ.

“Sudah tentu kami merasakan amat terharu kerana pihak penganjur memilih taman perumahan ini sebagai lokasi program.

“Sambutan diterima daripada penduduk juga sangat menggalakkan dan pagi tadi, kira-kira 300 penduduk mengambil bahagian dalam acara Fun Run,” katanya.

Program itu dianjurkan melalui Geran Perpaduan daripada Kementerian Perpaduan Negara.

Turut serta dalam acara Fun Run adalah Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi dan Timbalan Pengerusi KRT Taman Inderapura, Mohd Badwi Yunus.

Mereka turut mengambil bahagian dalam acara tarik tali yang menjadi antara pengisian program hari pertama di perkarangan Dewan Sri Inderapura.

Related Posts

Menteri tunggu dapatan kes wanita 24 tahun selepas ambil Mounjaro

TUARAN – Punca sebenar seorang wanita berusia 24 tahun di Batu Pahat, Johor, yang dilaporkan terlantar selepas mengambil Mounjaro masih belum dapat dipastikan dan kini menunggu dapatan lanjut pihak kesihatan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ubat tidak sah boleh rosakkan buah pinggang, hati – Hajiji

TUARAN – Penggunaan ubat tidak sah boleh mendatangkan risiko serius kepada kesihatan termasuk kerosakan buah pinggang, kegagalan fungsi hati malah boleh membawa maut. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Menteri tunggu dapatan kes wanita 24 tahun selepas ambil Mounjaro

Menteri tunggu dapatan kes wanita 24 tahun selepas ambil Mounjaro

Ubat tidak sah boleh rosakkan buah pinggang, hati – Hajiji

Ubat tidak sah boleh rosakkan buah pinggang, hati – Hajiji

Sabah mahu lebih banyak hospital pakar, doktor pakar

Sabah mahu lebih banyak hospital pakar, doktor pakar

Program Semarak Merdeka MADANI medan rapat hubungan komuniti

Program Semarak Merdeka MADANI medan rapat hubungan komuniti

RSEA gesa audit keselamatan semua struktur pengiklanan di lebuh raya

RSEA gesa audit keselamatan semua struktur pengiklanan di lebuh raya

Jerebu Sabah menurun, jangan ambil mudah – Dr Dzulkefly

Jerebu Sabah menurun, jangan ambil mudah – Dr Dzulkefly