
KUANTAN – Program Semarak Merdeka MADANI Inderapura 2026 selama dua hari yang bermula hari ini, menerima penyertaan menggalakkan daripada penduduk taman perumahan sekitar.
Program di bawah Geran Perpaduan Kementerian Perpaduan Negara yang dilaksanakan Pertubuhan Ekonomi Madani Kuantan dengan kerjasama Kejiranan Rukun Tetangga dan Persatuan Penduduk Taman Seri Inderapura itu menyediakan antara lain acara Fun Run yang disertai kira-kira 300 penduduk sekitar taman perumahan berkenaan.

Selain itu, terdapat enam acara sukan turut diadakan antaranya permainan dart, sepak takraw dan bola jaring.
Pengunjung program juga boleh mencuba nasib dalam acara sepakan penalti, tarik tali dan sukan rakyat yang lain.
![]()
Perasmian penutup program esok pula dijangka dihadiri Timbalan Menteri Perpaduan Negara, R Yuneswaran.
Banyak lagi program menarik bakal menemui pengunjung esok, termasuk Jualan Rahmah MADANI dan juga pameran daripada pelbagai agensi kerajaan di perkarangan Dewan Sri Inderapura, bermula jam 8 pagi.






