Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

UMNO perlu berani membersihkan namanya daripada sebarang persoalan yang timbul susulan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji sekiranya benar-benar mahu mendapatkan mandat baharu daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, pilihan raya sememangnya merupakan ruang untuk rakyat menentukan mandat politik, namun PRU16 tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mengelak atau menutup persoalan yang masih berkaitan dengan RCI Tabung Haji.

Menurut beliau, isu tersebut bukan berkaitan usaha menyerang mana-mana parti politik, sebaliknya menyentuh soal maruah politik, amanah serta kepentingan jutaan pendeposit Tabung Haji.

“Tabung Haji bukan milik mana-mana parti politik. Ia melibatkan wang, simpanan dan masa depan jutaan pendeposit.

“Kalau UMNO benar-benar mahu mendapatkan mandat baharu daripada rakyat, UMNO juga harus berani membersihkan namanya daripada sebarang persoalan yang timbul daripada laporan RCI Tabung Haji,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahfuz turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara dan mahkamah supaya melaksanakan segala siasatan, keputusan pendakwaan serta prosiding yang mempunyai asas undang-undang berkaitan RCI Tabung Haji dengan segera, telus dan tanpa pilih kasih.

Katanya, kerajaan sendiri sebelum ini memaklumkan bahawa susulan laporan RCI berkenaan, terdapat siasatan dan tindakan undang-undang yang sedang berjalan.

“Jangan dilengahkan, jangan dilindungi dan jangan dipolitikkan.

“Jika ada kesalahan, dakwa. Jika tidak cukup bukti, jelaskan. Jika seseorang tidak bersalah, bersihkan namanya. Itulah keadilan,” katanya.

Dalam pada itu, Mahfuz mempersoalkan mengapa terdapat kebimbangan untuk membolehkan rakyat mengetahui perkara sebenar berhubung persoalan yang timbul daripada pengurusan Tabung Haji terdahulu sekiranya tiada pihak yang bersalah.

“Kalau mahu mandat baharu daripada pengundi, mengapa takut pengundi mengetahui kebenaran mengenai mandat lama?

“Kalau benar tidak bersalah, hadap dan bersihkan nama. Kalau ada kesalahan, biarkan mahkamah menentukan. Tetapi jangan harap masa dan pilihan raya akan menguburkan persoalan RCI,” katanya.

Beliau berkata, pendeposit Tabung Haji juga merupakan pengundi yang berhak mengetahui siapa yang menjaga amanah mereka serta siapa yang perlu bertanggungjawab sekiranya berlaku persoalan berkaitan pengurusan dana tersebut.

“Pendeposit bukan sekadar mahu mendengar slogan politik menjelang PRU16.

“Mereka mahu tahu siapa yang menjaga amanah mereka dan siapa yang perlu bertanggungjawab apabila amanah itu dipersoalkan,” katanya.

Mahfuz berkata, keutamaan tidak seharusnya diterbalikkan kerana pilihan raya menentukan siapa yang memerintah, manakala mahkamah menentukan kesalahan dan RCI pula berperanan menjelaskan apa yang berlaku.

“Rakyat akhirnya menentukan siapa yang mereka percaya. Sebab itu, jangan gunakan PRU untuk memintas akauntabiliti.

“Mandat baharu tidak memadam mandat dan amanah lama. Pilihan raya tidak menghapuskan kesalahan dan kemenangan politik bukan tiket untuk melupakan hak pendeposit.

“Inilah masa untuk membersihkan Tabung Haji, bukan membersihkan imej politik sesiapa,” katanya.

Related Posts

Tuntutan RHB Capital terhadap Rashid ditolak sepenuhnya, rayuan turut ditarik balik – Peguam

KUALA LUMPUR – Tetuan Christopher & Lee Ong menegaskan tuntutan RHB Capital Bhd terhadap Tan Sri Abdul Rashid Hussain dalam satu guaman sivil kira-kira 20 tahun lalu ditolak sepenuhnya oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Meta disaran perluas sekatan pengguna bawah 18 tahun di seluruh dunia

KULAI – Kementerian Komunikasi menyarankan Meta supaya memperluas pelaksanaan sekatan tambahan terhadap pengguna berusia bawah 18 tahun di seluruh dunia, bukan hanya di Amerika Syarikat. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tuntutan RHB Capital terhadap Rashid ditolak sepenuhnya, rayuan turut ditarik balik – Peguam

Tuntutan RHB Capital terhadap Rashid ditolak sepenuhnya, rayuan turut ditarik balik – Peguam

Meta disaran perluas sekatan pengguna bawah 18 tahun di seluruh dunia

Meta disaran perluas sekatan pengguna bawah 18 tahun di seluruh dunia

Abu Bakar digugurkan, Izizam terajui Bersatu Perlis

Abu Bakar digugurkan, Izizam terajui Bersatu Perlis

‘Masuk Pas, masuk syurga’ bukan jaminan, jangan takbur dengan perjuangan politik – Tajuddin

‘Masuk Pas, masuk syurga’ bukan jaminan, jangan takbur dengan perjuangan politik – Tajuddin

Gangguan bekalan simen di Sabah dijangka pulih pertengahan September

  • By Ezmie
  • September 5, 2026
Gangguan bekalan simen di Sabah dijangka pulih pertengahan September

PP26 tawar khidmat kesihatan percuma, 33 penderma darah tampil di Kota Kinabalu

  • By Ezmie
  • September 5, 2026
PP26 tawar khidmat kesihatan percuma, 33 penderma darah tampil di Kota Kinabalu