Usahawan, komuniti kraf mampu jana ekonomi negara – Raja Muda Perlis

KANGAR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru lebih ramai komuniti dan usahawan kraf untuk memajukan industri tersebut sebagai sumber pendapatan yang mampu menyumbang kepada ekonomi negara.

Baginda bertitah bahawa kraf bukan sekadar seni, malah merupakan warisan budaya yang mencerminkan jati diri masyarakat serta memupuk perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

“Beta menyambut baik usaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) serta Kraftangan Malaysia dalam memajukan industri kraf di Perlis dan memperkasa usahawan kraf untuk terus berdaya saing,” titah baginda.

Baginda turut menzahirkan rasa bangga kerana Perlis mempunyai identiti kraf tersendiri dengan motif Bunga Harumanis yang digunakan dalam penghasilan produk kraf.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Festival Kraf Utara 2024 di Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis, hari ini.

Titah baginda lagi, lebih banyak produk kraf beridentiti negeri Perlis diharap dapat dihasilkan dan dikomersialkan oleh usahawan tempatan.

Baginda turut menyeru sektor swasta dan korporat agar menyokong usaha ini dengan menjadikan produk kraf sebagai cenderamata korporat, sekaligus membantu mempromosikan hasil seni tempatan.

Raja Muda Perlis juga menyarankan agar golongan muda untuk menghargai keunikan seni kraf tradisional agar warisan ini terus dikekalkan.

Baginda turut mengucapkan terima kasih kepada usahawan kraf yang terlibat dalam festival ini dan mengajak mereka menikmati keindahan Perlis serta menyokong kempen Tahun Melawat Perlis 2024-2025.

Related Posts

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

KUANTAN – Program Paya Besar Global Pulse: Russian Track hujung minggu lalu, menghimpunkan belia berusia antara 15 hingga 19 tahun dari kawasan Parlimen Paya Besar dan anak muda Rusia dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

  • By Fatin
  • October 9, 2026
MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas