Kerajaan mahu kawal selia pelaburan TH diperketatkan, elak salah guna kuasa

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyokong langkah memperketat kawal selia pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH), termasuk cadangan supaya pengurusan institusi itu tertakluk kepada pengawasan lebih ketat oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) atau Bank Negara Malaysia (BNM).

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah berkenaan penting bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan ketidakaturan dalam pengurusan TH.

Katanya, beliau sudah diberikan taklimat mengenai beberapa cadangan pembaharuan oleh pengurusan baharu TH dan menyokong pelaksanaan langkah berkenaan.

“Ini adalah langkah yang diambil oleh pengurusan baharu TH yang diketuai Tan Sri Abdul Rashid Hussain. Saya percaya langkah ini wajar dan saya sudah diberikan taklimat mengenainya, selain menyokong pelaksanaan langkah-langkah ini.

“Ini termasuk cadangan untuk meminda Akta Tabung Haji 1995 supaya pengurusannya tertakluk kepada pengawasan yang lebih ketat, sama ada oleh SC atau BNM, dan tidak berlaku lagi keadaan seperti sebelum ini apabila perkara berkenaan terlepas daripada perhatian,” katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri solat Jumaat dan solat jenazah di Masjid Bukit Indah, di sini, hari ini.

Sebelum ini, TH dilaporkan merancang meletakkan bahagian pelaburannya di bawah pengawasan SC sebagai sebahagian daripada usaha memperkemas rangka kerja kawal selia institusi berkenaan.

Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain berkata, cadangan itu dibuat susulan perbincangan terperinci oleh pasukan petugas bersama yang membabitkan Pengerusi SC, Datuk Mohammad Faiz Azmi dan Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Katanya, SC dicadangkan sebagai pengawal selia utama kerana antara 90 hingga 95 peratus daripada keseluruhan aset TH dilaburkan dalam pasaran modal, berbanding dipegang sebagai aset cair semata-mata.

Beliau berkata, bidang kuasa kawal selia SC adalah selari dengan portfolio utama TH kerana sebahagian besar operasi institusi itu berkait secara langsung dengan pelaburan dalam pasaran modal.

Sementara itu, Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) setebal 211 halaman yang meneliti pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 turut membangkitkan beberapa kelemahan dalam tadbir urus dan pengurusan kewangan institusi berkenaan.

Laporan yang disiapkan pada Julai 2022 itu dinyahklasifikasikan dan didedahkan kepada umum bulan lalu.

Antara dapatan RCI ialah amalan perakaunan yang menyebabkan TH melaporkan keuntungan RM3.4 bilion pada 2017, sedangkan institusi itu sepatutnya merekodkan kerugian bersih RM1.4 bilion sekiranya piawaian perakaunan dilaksanakan sepenuhnya.

RCI turut membangkitkan isu berkaitan keputusan pelaburan, tadbir urus, campur tangan politik dan pembayaran hibah.

Related Posts

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

UMNO perlu berani membersihkan namanya daripada sebarang persoalan yang timbul susulan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji sekiranya benar-benar mahu mendapatkan mandat baharu daripada rakyat pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

KUCHING – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak memutuskan penutupan sementara melibatkan 563 sekolah rendah dan 84 sekolah menengah dari 7 hingga 11 September berikutan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

Agong isytihar darurat di Serian, Sarawak susulan jerebu

Agong isytihar darurat di Serian, Sarawak susulan jerebu

Baju oren SPRM tidak lagi perlu untuk prosiding reman – PM

Baju oren SPRM tidak lagi perlu untuk prosiding reman – PM