Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR – Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus hari ini mencerminkan keyakinan bank pusat itu terhadap keupayaan ekonomi Malaysia untuk mengekalkan pertumbuhan yang aktif pada 2026, menurut ahli ekonomi.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) untuk mengekalkan kadar OPR adalah selaras dengan unjuran kebanyakan ahli ekonomi.

Menurutnya, pendirian MPC dilihat cukup seimbang manakala prospek makroekonomi yang positif diunjur kekal berterusan sehingga penghujung tahun ini.

“Justeru, kami percaya OPR berkemungkinan besar akan dikekalkan pada 2.75 peratus dalam mesyuarat MPC seterusnya iaitu pada November,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ahli ekonomi TA Securities Research, Shazma Juliana Abu Bakar menjelaskan, keputusan BNM mencerminkan pendirian dasar monetari semasa yang kekal menyokong kestabilan harga dan pertumbuhan yang mampan.

Melangkah ke hadapan, beliau memberitahu pasaran mengunjurkan risiko cenderung ke arah kenaikan 25 mata asas pada 2027 terutamanya jika bank-bank pusat utama melanjutkan semula pengetatan dasar monetari.

Beliau berkata, kenaikan sederhana dalam OPR tidak akan memberi kesan ketara terhadap perbelanjaan swasta memandangkan perbelanjaan isi rumah kekal disokong oleh pertumbuhan gaji yang stabil, pasaran buruh yang mantap dan bantuan kerajaan yang bersasar.

Bagaimanapun, Shazma Juliana memberitahu kesan kos pinjaman yang lebih tinggi mungkin lebih dirasai dalam kalangan perbelanjaan yang sensitif terhadap kadar faedah terutamanya bagi pembelian rumah dan barangan bernilai tinggi.

“Tempoh bagi sebarang pelarasan dasar bergantung sepenuhnya kepada perkembangan data semasa terutamanya kepantasan kenaikan kadar di Amerika Syarikat (AS) serta pergerakan inflasi domestik,” katanya.

Shazma Juliana turut menyatakan bahawa inflasi diunjur kekal terkawal pada kadar 2.1 peratus bagi 2026 dan 1.7 peratus pada 2027.

BNM mengekalkan OPR iaitu tidak berubah pada 2.75 peratus untuk mesyuarat MPC yang ketujuh berturut-turut sejak pengurangan 25 mata asas pada Julai 2025.

Bank pusat itu memaklumkan petunjuk terbaharu menunjukkan pertumbuhan global yang mampan, disokong oleh perkembangan pesat sektor teknologi global yang kukuh, penambahbaikan keadaan bekalan dan pasaran buruh yang stabil.

Related Posts

Kewangan negara dijangka kembali kukuh semula dalam tempoh 2 tahun

BANGI – Kedudukan kewangan negara dijangka akan kembali kukuh dalam tempoh dua hingga tiga tahun menerusi beberapa langkah demi  mengurangkan defisit secara berperingkat. Pengarah Kanan Ekonomi dan Kewangan, Pejabat Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ringgit dibuka tinggi menjelang pengumuman OPR

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, ketika pelabur menantikan keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled