TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) ketika ini di fasa menuju perubahan besar dalam aspek kawal selia bagi memastikan institusi kewangan Islam itu beroperasi mengikut piawaian keselamatan dan profesionalisme tertinggi.

Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain berkata, usaha untuk meletakkan TH di bawah rangka kawal selia lebih kukuh sedang dilaksanakan melalui proses perbincangan dengan badan berkaitan.

Menurut beliau, perkara itu turut mengambil masa kerana ia membabitkan penglibatan badan pengawal selia termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) serta pihak berkaitan.

“Pada asasnya, percubaan terakhir ialah untuk mendapatkan TH diregulasi yang saya amat ingin sekarang, bukan sahaja sebagai pegawai tetapi juga sebagai anggota Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyarankan itu.

“Ia mengambil masa kerana memerlukan kerjasama dengan semua badan yang diregulasi yang kami nilai sama ada BNM atau (badan pengawal selia) lain,” katanya kepada media selepas Dialog Ummah: Realiti dan Masa Depan TH di Hotel Tenera, pada Khamis.

Dalam pada itu, Abdul Rashid berkata, aspek teknikal berkaitan skop dan pelaksanaan kawal selia perlu diperincikan supaya TH kekal sebagai institusi yang mempunyai fungsi khusus dalam pengurusan haji, selain menjalankan aktiviti pelaburan.

“Kehadiran pengawal selia kewangan yang sesuai penting bagi memastikan tahap keselamatan serta tadbir urus tertinggi dapat dikekalkan,” katanya.

Tambahnya, proses pindaan atau penggubalan akta juga bukan sesuatu yang boleh dilakukan dengan segera kerana perlu melalui beberapa peringkat kerajaan.

“Proses akta tidak mudah di negara ini. Ia perlu dibentang kepada menteri, kemudian dibawa ke Kabinet dan perlu mendapat persetujuan sebelum melalui proses seterusnya. Itulah proses yang saya akan lalui,” katanya.

Related Posts

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan tiada mana-mana ahli politik dalam barisan Lembaga Pengarah institusi itu ketika ini. Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain menegaskan, perkara itu penting…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) meminta bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad menjelaskan sebab beliau tidak hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014