DEEP bukan untuk menghukum, sebaliknya perkasa kepimpinan penjawat awam – Shamsul Azri

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Sistem Penilaian Prestasi Demerit (DEEP) bagi pengurusan tertinggi perkhidmatan awam bertujuan memperkukuh kualiti kepimpinan dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai mekanisme untuk menghukum pegawai.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, penilaian berkenaan adalah sebahagian daripada usaha reformasi perkhidmatan awam bagi memastikan kepimpinan di peringkat tertinggi sentiasa dipertingkatkan.

“Kita sudah menganalisis keputusan pencapaian DEEP bagi suku kedua (2026).

“Sebagaimana saya maklumkan sebelum ini, DEEP bukan untuk menghukum tetapi menambah baik kepimpinan penjawat awam, khususnya dalam kalangan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Seminar AI Sektor Awam 2026 dan Penyampaian Anugerah Public Sector AI Nexus Challenge 2026 di sini, hari ini.

Menurut Shamsul Azri, keputusan penilaian DEEP bagi suku kedua tahun ini telah dianalisis, dengan sistem berkenaan terus dilihat sebagai instrumen untuk mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam kepimpinan sektor awam.

Katanya, kegagalan mencapai merit yang ditetapkan menerusi DEEP tidak secara automatik membawa kepada tindakan seperti penurunan pangkat kerana tujuan utama sistem itu bukan sebagai bentuk hukuman.

Beliau berkata, penambahbaikan kualiti penyampaian perkhidmatan awam perlu bergerak seiring dengan usaha memperkukuh kepimpinan serta keupayaan kementerian menghadapi tuntutan pentadbiran semasa.

Dalam perkembangan berkaitan, Shamsul Azri berkata JPA diminta membuat penelitian terhadap wajaran DEEP bagi jawatan KSU kementerian supaya kaedah penilaian yang digunakan lebih menyeluruh.

Semalam, media melaporkan JPA diminta meneliti semula wajaran penilaian menerusi penggunaan DEEP bagi jawatan KSU kementerian.

Katanya, penilaian prestasi tidak wajar hanya mengambil kira pencapaian projek pembangunan, sebaliknya perlu merangkumi inisiatif yang memberikan kesan langsung kepada rakyat serta projek berimpak tinggi.

“Melangkah ke hadapan, saya telah meminta JPA meneliti semula wajaran DEEP KSU supaya tidak hanya tertumpu kepada projek pembangunan, tetapi turut mengambil kira kombinasi projek berimpak tinggi dan rakyat-sentrik.

“Digitalisasi juga perlu menjadi sebahagian daripada indikator prestasi, termasuk sejauh mana kementerian berupaya beralih kepada urusan tanpa kertas. Kita mahu ukuran prestasi yang benar-benar mencerminkan perubahan yang dipimpin dan hasil yang dirasai rakyat,” katanya.

Shamsul Azri berkata, pendekatan berkenaan penting bagi memastikan ukuran prestasi kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam benar-benar menggambarkan keberkesanan perubahan yang dilaksanakan, bukan sekadar pencapaian dari segi pelaksanaan projek.

Menurutnya, aspek hasil dan impak sebenar terhadap rakyat perlu menjadi antara pertimbangan utama dalam menilai keberkesanan kepimpinan perkhidmatan awam.

Related Posts

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

ALOR SETAR – Bekalan Baja Padi 3 dilaporkan telah tiba di kawasan pesawah padi Kedah hari ini, kurang daripada 10 hari selepas isu bekalan tersebut mendapat perhatian kerajaan. Menurut kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

UMNO perlu berani membersihkan namanya daripada sebarang persoalan yang timbul susulan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji sekiranya benar-benar mahu mendapatkan mandat baharu daripada rakyat pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak