Polis Perak tingkat kawalan keselamatan menjelang perlawanan ulangan Perak FC-JDT

IPOH – Polis Perak akan menempatkan seramai 500 pegawai termasuk anggota polis yang ditugaskan bagi menjaga kawalan keselamatan dan lalu lintas di Stadium Perak menjelang perlawanan ulangan Liga Super antara Perak FC dan Johor Darul Ta’azim FC (JDT FC) pada malam Sabtu.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris menyatakan, kawalan tersebut tidak sekadar terhad di sekitar stadium sahaja bahkan turut meliputi seluruh bandar raya Ipoh bagi memastikan kelancaran serta keselamatan terkawal.

“Polis sentiasa siap siaga menghadapi sebarang kemungkinan dalam menangani situasi di luar kawalan.

“Bukan semua diletakkan mengawal dan memantau situasi di dalam stadium, malah di persekitaran luar kawasan stadium termasuk sekitar Bandaraya Ipoh bagi mengawasi keselamatan selain kawalan lalu lintas untuk mengelak kesesakan,” katanya.

Beliau berkata sedemikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Taman Angkat Skuad Aman Wanita (Amanita) Polis Diraja Malaysia (PDRM) anjuran Ibu Pejabat Daerah (IPD) Batu Gajah di Dewan Konvensyen Pusing, di sini, pada Sabtu.

Turut sama, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Perak, Asisten Komisioner Ng Kong Soon; Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohamad dan Pengerusi Persatuan Keselamatan Komuniti Pusing, Wong Chee Min.

Jelasnya, pihak polis turut menasihati kedua-dua belah pihak penyokong agar tidak menimbulkan sebarang perkara tidak diingini dalam memastikan kelancaran perlawanan.

“Jaga tingkah laku, jangan menimbulkan provokasi,jangan bermusuhan di luar padang. Bertarunglah secara bijak, strategik dan kehebatannya ditonjolkan di padang.

“Para penyokong pasukan masing-masing harus berhemah serta sentiasa mengikut peraturan-peraturan yang ditentukan oleh pihak polis,” kata Azizi lagi.

Perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan ini sepatutnya dijadualkan pada 17 Ogos lalu, namun terpaksa di tunda ke tarikh baharu akibat cuaca buruk serta keadaan padang tidak memuaskan untuk diteruskan.

Malah, pada hari tersebut polis turut menahan tujuh lelaki berusia antara 19 hingga 27 tahun kerana mencetuskan kekecohan dan menimbulkan provokasi semasa perlawanan berkenaan berlangsung.

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta