Jadikan RCI TH titik reformasi, medan muhasabah

BANGI – Tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan yang telus penting bagi memastikan isu berkaitan Tabung Haji (TH) tidak berakhir tanpa kesudahan sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan pendeposit.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, proses pemulihan institusi semata-mata tidak mencukupi tanpa elemen tanggungjawab terhadap pihak yang didapati melakukan kesalahan.

“Saya fikir ini antara perkara yang kita tidak mahu nanti perkara yang kita lihat ini akhirnya akan diketawakan ataupun diperlekehkan, dalam erti kata tangkapan itu ada, akhirnya nanti kita sebut DNAA (dilepas tanpa dibebaskan) ataupun tiada tindakan lanjut (no further action) dan sebagainya.

“Namun, kita hormati keputusan mahkamah dalam erti kata menentukan kesahihan sama ada pelaku itu melakukan dan sabit kepada kesalahan yang disebutkan,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Dialog Ummah: Realiti dan Masa Depan TH di Hotel Tenera, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Ahmad Fahmi berkata, tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab juga menjadi antara elemen penting untuk mengembalikan keyakinan umat Islam terhadap TH.

Menurut beliau, HIKAM yang menghimpunkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam termasuk ABIM, WADAH  IKRAM dan Haluan, turut mengemukakan lima resolusi berkaitan masa depan TH.

“Lima perkara itu termasuk mempertahankan TH sebagai amanah strategik ummah, menyempurnakan islah tadbir urus dan pembaharuan institusi serta menegakkan akauntabiliti dengan memastikan setiap salah laku diambil tindakan.

“Selain itu, kita mahu syariah, integriti dan ketelusan dijadikan teras pengurusan harta ummah serta menjadikan RCI TH sebagai agenda muhasabah dan reformasi, bukan semata-mata pertembungan antara kaum, bangsa dan agama,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai sama ada resolusi itu akan diangkat kepada Perdana Menteri, Ahmad Fahmi berkata, kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Hasan pada program berkenaan memberi keyakinan bahawa perkara yang dibincangkan akan mendapat perhatian sewajarnya.

Beliau berkata, penyebaran maklumat mengenai dapatan dan perbincangan berkaitan RCI TH kepada masyarakat juga penting memandangkan tidak semua rakyat berpeluang membaca laporan RCI yang tebal.

“Kita mahu penerangan yang lebih merakyat, menggunakan bahasa yang mudah dan lebih difahami masyarakat secara umum supaya dapat disebarluaskan.

“Saya juga berterima kasih kepada media kerana difahamkan kira-kira lapan hingga 10 media membuat siaran langsung secara maya melalui platform media sosial masing-masing.

“Mesej kami kepada rakyat ialah memahami apa sebenarnya dalam RCI yang tebal yang mungkin tidak dibaca semua. Cukuplah mendengar kembali perbincangan dan forum yang diadakan untuk memahami dengan lebih lanjut isu yang kita bincangkan,” katanya.

Related Posts

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

KUANTAN – Harga tiket bagi perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ditetapkan pada kadar bersesuaian dan mampu milik, termasuk golongan berpendapatan rendah (B40). Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) mungkin membuat pengumuman pada Jumaat, namun sama ada perkara itu berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok