Pengkarya, pempengaruh digesa peka sensitiviti, bukan keuntungan semata-mata

TAWAU – Penggiat industri kreatif negara serta pempengaruh diingatkan lebih peka serta mempunyai tahap sensitiviti yang tinggi terhadap isu-isu semasa ketika menghasilkan karya atau kandungan untuk tatapan umum.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Marhamah Rosli berkata, pihaknya memahami kegusaran masyarakat terhadap kontroversi drama ‘Madu atau Racun’ yang masih mempunyai beberapa episod boleh diakses oleh penonton.

“Kita perlu hiburan yang mendidik, tetapi untuk hiburan-hiburan yang kita sebut sebagai melangkaui batas ini, tidak perlulah dipertontonkan seteliti itu.

“Kita faham kita ingin memberikan pengajaran, kita ingin memberi tahu pernah berlaku kes-kes seperti ini dalam masyarakat tetapi tidak perlu dipertontonkan secara eksplisit perkara-perkara yang tidak perlu.

“Kami di JPM Hal Ehwal Agama tidak pernah menyokong kandungan-kandungan tidak bermoral seperti ini,” katanya kepada media selepas diminta mengulas berkaitan beberapa episod drama terbabit yang masih boleh diakses menerusi platform penstriman dan media sosial pada Program Rakan Sulh Komuniti (RSK) Siri 2 dan Ops Nafkah, di sini, pada Khamis.

Menurutnya, pengkarya tidak seharusnya mengetepikan nilai, adab dan tanggungjawab semata-mata demi mengejar populariti serta keuntungan.

“Walau macam mana pun kita hendak mengkomersialkan sesuatu karya, kita perlu seimbangkannya dengan nilai kerana nilai itulah yang akan memberi kesan sama ada positif atau negatif kepada masyarakat.

“JAKIM juga telah menyediakan garis panduan. Sekiranya garis panduan itu dipatuhi, insya-Allah masyarakat tidak akan melenting atau mengecam.

“Dalam mengejar monetisasi dan lain-lain, kita perlu ingat bahawa kita juga akan dipersoalkan di akhirat nanti. Itu yang paling penting sebenarnya,” jelasnya.

Tambah Marhamah, pihaknya akan menyerahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan agensi-agensi berkaitan untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Untuk rekod, media melaporkan platform penstriman iQIYI bersetuju menurunkan sementara enam episod drama ‘Madu atau Racun’ yang telah disiarkan manakala baki enam episod ditangguhkan bagi membolehkan kesemua 12 episod disunting dan dinilai semula.

Difahamkan, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat khas bersama iQIYI dan syarikat produksi berkenaan atas arahan Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Terdahulu, Bernama melaporkan, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, pihak iQIYI dan syarikat produksi akan membuat suntingan semula berdasarkan garis panduan Lembaga Penapis Filem (LPF) serta Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) bagi kandungan penstriman OTT (over-the-top) sebelum kesemua 12 episod dinilai panel berkenaan.

Related Posts

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

ARAU – Kementerian Pertahanan akan menjalankan kajian bagi menambah baik bayaran insentif kepada Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) sebagai usaha meningkatkan daya tarikan penyertaan mahasiswa dalam pasukan berkenaan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

ARAU – Dunia pertahanan kini memerlukan kepakaran baharu termasuk dalam bidang kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin, sains data dan keselamatan siber bagi menghadapi perubahan bentuk peperangan moden. Menteri Pertahanan, Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014