Putra persoal gesaan UMNO, Pas supaya PRU16 diawalkan

PARTI Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mempersoalkan gesaan UMNO dan Pas supaya Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal.

Ketua Penerangan Putra, Shahrulufti Sharif berkata, pihaknya meneliti secara mendalam alasan kedua-dua parti berkenaan dalam menggesa PRU16 diadakan sebelum tempoh lima tahun berakhir.

Katanya, gesaan itu menimbulkan persoalan sama ada ia benar-benar dibuat demi kepentingan rakyat atau mempunyai pertimbangan politik tertentu bagi menangani isu yang sedang membelenggu kepimpinan parti masing-masing.

“Putra menyelami dan mengkaji dengan mendalam gesaan Pas dan UMNO mengapa kedua-dua parti ini menggesa supaya PRU16 diadakan lebih awal.

“Gesaan ini menimbulkan persoalan besar, adakah ia benar-benar demi kepentingan rakyat atau sekadar strategi politik untuk mengelak isu yang sedang membelenggu kepimpinan mereka?” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Shahrulufti berkata, Putra menggesa supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara mempercepatkan proses siasatan serta pendakwaan terhadap kes yang telah dikenal pasti sebelum PRU16 diadakan.

Menurutnya, langkah itu penting bagi memastikan hanya calon yang mempunyai integriti dan rekod yang baik dipertimbangkan untuk bertanding dalam pilihan raya.

Beliau berkata, rakyat juga tidak seharusnya dikelirukan dengan slogan politik termasuk penyatuan ummah sekiranya ia digunakan untuk melindungi mana-mana individu yang berdepan isu rasuah atau salah guna kuasa.

“Rakyat berhak tahu dan menilai sendiri. Jangan biarkan imej agama atau slogan politik dijadikan perisai untuk menutup persoalan integriti.

“Politik mesti berpaksikan kejujuran, bukan kepura-puraan. Cukuplah menang sorak, kampung tergadai, yang bertali arus dengan isu rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

Shahrulufti berkata, proses demokrasi perlu berpaksikan nilai integriti supaya rakyat dapat membuat penilaian sewajarnya terhadap calon dan parti yang bakal dipilih.

Putra sebelum ini turut menegaskan kepentingan memastikan isu rasuah dan salah guna kuasa ditangani secara tegas tanpa mengira kedudukan atau latar belakang politik mana-mana individu.

Related Posts

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) ketika ini di fasa menuju perubahan besar dalam aspek kawal selia bagi memastikan institusi kewangan Islam itu beroperasi mengikut piawaian keselamatan dan profesionalisme tertinggi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan tiada mana-mana ahli politik dalam barisan Lembaga Pengarah institusi itu ketika ini. Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain menegaskan, perkara itu penting…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014