Isu peruntukan: SUA KKDW wajar semak fakta, KSP lebih arif – Tunku Nashrul

KUALA LUMPUR –  Isu peruntukan dan pembayaran kepada kontraktor di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) perlu merujuk kepada pihak berkaitan yang lebih akauntabiliti seperti Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), Tan Sri Johan Mahmood Merican.

Justeru, Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah menggesa Setiausaha Akhbar (SUA) Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Fadzmel Fadzil menyemak semula fakta sebelum menuding kepada pihak lain.

Beliau yakin kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MoF) berhubung perkara itu dibuat setelah disemak dengan teliti.

“Elok saudara Fadzmel semak semula fakta. Saya yakin kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan tidak dibuat secara semborono.

“Saya kenal Tan Sri KSP sebagai penjawat awam kanan yang teliti dan cekap. Dalam urusan kewangan negara, sudah tentu beliau lebih arif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, dalam satu kenyataan, Johan Mahmood Merican berkata, MoF tidak mengenakan sebarang sekatan ke atas peruntukan KKDW berhubung jalan luar bandar malah peruntukan tersebut telah disalurkan sepenuhnya.

Bagaimanapun, ujarnya lagi, kekangan dalam proses pembayaran kepada kontraktor berbangkit disebabkan peruntukan tahun semasa hampir dibelanjakan sepenuhnya.

“KKDW telah membuat komitmen serta membelanjakan peruntukan melebihi jumlah yang diluluskan bagi projek jalan luar bandar sejak beberapa tahun lalu,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, Fadzmel menafikan kenyataan Johan yang mengatakan kementerian tersebut berbelanja melebihi peruntukan.

Tegasnya, Tatacara Kewangan Kerajaan tidak sesekali membenarkan perbelanjaan melebihi peruntukan yang telah diluluskan, sekali gus menghalang kementerian daripada membuat perbelanjaan sewenang-wenangnya.

Pertikaian berhubung peruntukan itu timbul selepas MoF menjelaskan kedudukan kewangan KKDW, termasuk dakwaan kementerian berkenaan berbelanja melebihi peruntukan tahunan bagi beberapa tahun.

MoF sebelum ini memaklumkan perbelanjaan KKDW pada 2023 berjumlah RM1.8 bilion berbanding peruntukan RM1.1 bilion, manakala pada 2024 sebanyak RM2 bilion berbanding RM1.3 bilion.

Pada 2025 pula, perbelanjaan KKDW direkodkan RM2.3 bilion berbanding peruntukan RM1.6 bilion.

MoF turut memaklumkan RM300 juta diluluskan bagi membantu menyelesaikan tunggakan bayaran kepada kontraktor di bawah projek pembangunan KKDW.

Isu berkenaan sebelum ini turut mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KKDW, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang meluahkan rasa tidak puas hati berhubung masalah pembayaran kepada kontraktor.

Ahmad Zahid menegaskan peruntukan yang diluluskan perlu disalurkan kepada perkara yang telah diperuntukkan bagi memastikan pelaksanaan projek kerajaan tidak berdepan masalah pembayaran.

Related Posts

Keselamatan deposit keutamaan Tabung Haji, keuntungan hanya diumum selepas audit

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) hanya mengisytiharkan keuntungan selepas penyata kewangan diaudit sepenuhnya, berbeza dengan amalan sebelum ini yang menyaksikan pengumuman dibuat sebelum proses audit selesai. Ketua Pegawai Eksekutif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih profesional, tiada lagi ahli politik aktif dalam pengurusan Tabung Haji

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) kini tidak lagi mempunyai ahli politik aktif dalam komposisi lembaga pengarahnya. Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata, keputusan tersebut sebagai usaha memperkukuh tadbir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keselamatan deposit keutamaan Tabung Haji, keuntungan hanya diumum selepas audit

Keselamatan deposit keutamaan Tabung Haji, keuntungan hanya diumum selepas audit

Lebih profesional, tiada lagi ahli politik aktif dalam pengurusan Tabung Haji

Lebih profesional, tiada lagi ahli politik aktif dalam pengurusan Tabung Haji

Operasi pembenihan awan siri ketiga sasar tiga empangan utama

Operasi pembenihan awan siri ketiga sasar tiga empangan utama

Budaya jadikan RCI Tabung Haji ‘kambing hitam’ harus ditegah

Budaya jadikan RCI Tabung Haji ‘kambing hitam’ harus ditegah

Isu peruntukan: SUA KKDW wajar semak fakta, KSP lebih arif – Tunku Nashrul

Isu peruntukan: SUA KKDW wajar semak fakta, KSP lebih arif – Tunku Nashrul

Ringgit dibuka tinggi menjelang pengumuman OPR

Ringgit dibuka tinggi menjelang pengumuman OPR