Wanita GRS serah nama calon PRN17

WANITA Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah menyerahkan senarai calon mereka untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) kepada pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor.

Ketua Wanita GRS, Datuk Seri Azizah Mohd Dun yang mengesahkan perkara itu berkata, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) belum dibubarkan, pihaknya mengambil pendekatan memberikan senarai calon untuk pertimbangan awal.

“Kami sudah mengemukakan nama-nama calon wanita GRS kepada pengerusi gabungan ini. Walaupun belum bubar tetapi kita kemukakan awal sahaja kepada beliau.

“Bagaimanapun, perkara paling penting adalah semua calon yang kita pilih mempunyai kelayakan.

“Mereka berkebolehan selain mampu menjadi suara wanita untuk kawasan masing-masing,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Wanita Komponen GRS, di Kota Kinabalu, hari ini.

Azizah berkata, setakat ini pihaknya mempunyai hampir 18,000 jentera wanita di semua 73 DUN dan sudah bersiap sedia membantu calon-calon GRS pada PRN17.

Beliau juga mengesahkan senarai nama calon wanita berkenaan tidak membabitkan namanya.

Related Posts

Tun M gagal satukan Melayu kerana percaturan politik sendiri

PEMERHATI politik, Raggie Jessy Rithaudeen berpandangan kegagalan Tun Dr Mahathir Mohamad menyatukan orang Melayu berpunca daripada percaturan politik yang dibuat sendiri oleh bekas Perdana Menteri itu sejak Pilihan Raya Umum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penggantungan Bersatu dijangka beri kesan kepada PN di peringkat nasional

TINDAKAN penggantungan melibatkan Bersatu dilihat tidak memberi kesan besar terhadap kedudukan Pas di Terengganu, namun berpotensi memberi implikasi lebih besar kepada landskap Perikatan Nasional (PN) di peringkat nasional. Pensyarah Fakulti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi