TDM gagalkan cubaan seludup barang basah sejuk beku bernilai RM380,426

BAU – Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup pelbagai barangan basah sejuk beku dengan nilai keseluruhan RM380,426.44 ke Indonesia.

Kejayaan menerusi Op Keris Parang di Serikin itu terhasil susulan penahanan sebuah lori berhampiran laluan haram Kampung Sebobok kira-kira jam 7 malam. 

Kenderaan berkenaan yang berada kira-kira 800 meter dari sempadan negara dikesan dipandu oleh seorang lelaki tempatan tanpa sebarang dokumen perjalanan mahupun pengesahan muatan yang sah.  

“TDM melalui pasukan yang beroperasi akan terus mempertingkatkan rondaan serta memperkukuh pemantauan bagi memastikan sempadan negara kekal selamat daripada aktiviti jenayah rentas sempadan,” kata Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) dalam satu siaran media pada petang Rabu.

Pemeriksaan lanjut ke atas lori tersebut telah menemukan 300 karton daging dan 200 karton sosej ayam berserta sejumlah wang tunai. Pemandu warga tempatan itu bersama keseluruhan barangan rampasan yang ditemukan kemudiannya dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bau untuk siasatan lanjut.  

Orang awam diseru untuk terus menyalurkan maklumat berhubung aktiviti lintas batas bagi membendung jenayah rentas sempadan dengan lebih efektif.  

Related Posts

UiTM Sarawak perkukuh jaringan antarabangsa menerusi edisi keempat program CDBK 2026

KOTA SAMARAHAN – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak terus memperkukuh jaringan pendidikan antarabangsa dengan menghimpunkan 53 delegasi dari tiga negara menerusi Program Come Discover Bumi Kenyalang 2026 (CDBK 2026)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ICU JPM Sarawak sedia peralatan bantu 55 penerima jana pendapatan

SIBU – Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) Sarawak menyerahkan sumbangan kepada 55 penerima eKasih menerusi Program Bantuan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat Malaysia MADANI di Dewan LAKIS pada 29 Julai lepas. Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

ADUN Pas Perlis dilayan seperti pembangkang

ADUN Pas Perlis dilayan seperti pembangkang

Pertembungan epik Arsenal-Chelsea Ahad ini hangatkan musim baharu EPL

Pertembungan epik Arsenal-Chelsea Ahad ini hangatkan musim baharu EPL

UiTM Sarawak perkukuh jaringan antarabangsa menerusi edisi keempat program CDBK 2026

UiTM Sarawak perkukuh jaringan antarabangsa menerusi edisi keempat program CDBK 2026

ICU JPM Sarawak sedia peralatan bantu 55 penerima jana pendapatan

ICU JPM Sarawak sedia peralatan bantu 55 penerima jana pendapatan

Teliti isu dana jalan luar bandar secara teknikal, bukan dinilai sudut politik

Teliti isu dana jalan luar bandar secara teknikal, bukan dinilai sudut politik

AMK Sarawak seru budaya politik matang, tolak serangan peribadi terhadap Nurul Izzah

AMK Sarawak seru budaya politik matang, tolak serangan peribadi terhadap Nurul Izzah