Petronas sasar kekal keluar 2 juta tong sehari hingga 2028

KUALA LUMPUR – Petronas menyasarkan mengekalkan pengeluaran minyak dan gas negara pada 2 juta tong setara minyak sehari (mmboe/d) sehingga 2028, menerusi pelaburan berterusan dalam penerokaan, pembangunan laut dalam dan peningkatan perolehan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tengku Tan Sri Muhammad Taufik Tengku Aziz bagaimanapun berkata, sasaran itu tidak boleh dicapai dengan formula lama.

“Kita perlu cara baharu bekerjasama. Pengalaman kami bersama Searah Ltd, usaha niaga dengan Eni, membuktikan kejayaan datang apabila kita gabung modal, kepakaran dan kongsi risiko untuk peluang yang tak mampu dikejar sendirian,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Minyak dan Gas Asia (OGA) 2026, semalam.

Tengku Muhammad Taufik menekankan ekosistem OGSE tempatan sejak 40 tahun lalu memerlukan pentas lebih besar.

Namun, katanya, untuk kekal relevan pemain industri perlu tingkatkan produktiviti, kukuhkan daya tahan kewangan, capai kematangan digital dan amalkan tadbir urus bertaraf dunia.

“Lebih penting, anda mesti berani melabur mendahului permintaan. Adakah kita cukup terhubung, cukup berdaya saing?

“Daya saing bukan diukur dengan menang tender masa pasaran baik. Tapi sama ada anda masih relevan 10 tahun lagi apabila teknologi dan tenaga kerja berubah pantas,” katanya.

Beliau menggesa syarikat OGSE Malaysia keluar daripada zon selesa dan melihat perkembangan serantau sebagai peluang.

Antara bidang pertumbuhan baharu ialah pemerangkapan karbon, perkapalan pelepasan rendah, penerokaan baharu, laut dalam dan sistem tenaga digital.

“Kita boleh belajar daripada pemain utama Asia dan dunia. Sama seperti mereka boleh belajar daripada keupayaan syarikat Malaysia.

“Saya yakin syarikat tempatan boleh jadi antara yang bersedia dan membantu bina perkongsian untuk merealisasikan peluang ini,” katanya.

Tengku Muhammad Taufik menegaskan Petronas kekal komited bekerjasama dengan industri untuk buka peluang baharu dan beri keterlihatan lebih baik kepada ekosistem.

“Tetapi semua ini hanya untuk mereka yang berani sahut cabaran. Labur dengan yakin, ambil risiko secara berkira, dan tempatkan diri sebagai rakan bentuk masa depan industri,” tegasnya.

Related Posts

Purata gaji rakyat Malaysia naik 4.1 peratus kepada RM3,803 pada 2025 – DOSM

PUTRAJAYA – Pasaran buruh Malaysia terus mencatat perkembangan positif dengan jumlah penerima gaji dan upah bulanan meningkat kepada 12.01 juta orang pada 2025 berbanding 11.96 juta orang pada 2024. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengguna tidak lagi gunakan BNPL membeli barangan bernilai tinggi

KUALA LUMPUR – Transaksi Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) yang kini banyak digunakan bagi perbelanjaan kecil, bukan lagi tertumpu pembelian barangan bernilai tinggi membuktikan kemudahan itu menjadi pilihan pengguna untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET