AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghentikan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta segera kembali ke meja rundingan.

Beliau berkata, peningkatan ketegangan antara kedua-dua negara ketika ini amat membimbangkan apabila serangan terbaharu turut melangkaui pihak yang terbabit secara langsung sehingga melibatkan negara lain di rantau berkenaan.

Beliau berpandangan, keadaan itu berisiko mengheret Asia Barat ke dalam konflik lebih besar dan membawa kemusnahan lebih dahsyat.

“Pihak yang mempunyai keupayaan terbesar untuk menentukan perkembangan keadaan memikul tanggungjawab khusus untuk menahan diri dan mencegah ketegangan daripada terus meningkat.

“Kedaulatan negara lain tidak boleh diketepikan. Tiada matlamat ketenteraan yang boleh dijadikan alasan untuk mendedahkan orang awam kepada konflik yang semakin meluas,” katanya menerusi hantaran di Facebook, pada Rabu.

Anwar berkata, langkah ekonomi yang menyebabkan kesengsaraan kepada orang awam serta menghalang usaha diplomatik berisiko memburukkan keadaan dan bukannya menyelesaikan krisis berkenaan.
Sehubungan itu, beliau menggesa AS dan Iran menghentikan sebarang tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta segera kembali kepada saluran diplomasi dan persefahaman yang dicapai pada Jun lalu.

“Konflik ini akhirnya hanya boleh diselesaikan melalui kaedah politik dan diplomatik. Dunia tidak seharusnya dipaksa menanggung akibat daripada peperangan serantau yang lebih luas,” katanya.

Related Posts

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) ketika ini di fasa menuju perubahan besar dalam aspek kawal selia bagi memastikan institusi kewangan Islam itu beroperasi mengikut piawaian keselamatan dan profesionalisme tertinggi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan tiada mana-mana ahli politik dalam barisan Lembaga Pengarah institusi itu ketika ini. Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain menegaskan, perkara itu penting…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled