YPCC mampu jana pendapatan tidak langsung RM4.8 juta setahun

KUANTAN – Penubuhan Yayasan Pahang Commercial Centre (YPCC) sebagai pusat sehenti menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan premis komersial dijangka menjana pulangan secara langsung sebanyak kira-kira RM4.8 juta setahun.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jumlah itu adalah nilai nyata hasil daripada sewaan premis dan ia tidak termasuk manfaat tidak langsung daripada kewujudan pusat sehenti berkenaan.

Katanya, Yayasan Pahang Commercial Centre itu akan himpunkan di satu tempat seakan one-stop center seperti Family Mart, McDonald’s, Chicago Chicken, ada banyak lagi.

“Ini satu usaha yang bagus dan ini sebenarnya memudahkan pengguna, jimat masa, jimat kos, tak payah pergi ke hulu atau pergi ke hilir, pergi satu tempat, semua ada di situ. Jadi ini satu usaha yang sangat baik.

“Sudah tentu ada pendapatan (sewaan) RM400,000 sebulan, maknanya RM400,000 sebulan (setahun) RM4.8 juta. Itu sewaan sahaja. Itu yang tangible, yang nampak. Yang intangible, kita tak nampak lagi yang contohnya menjimatkan masa, tenaga itu yang intangible,” katanya, lapor Pahang Media.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran YPCC dekat Tanjung Lumpur, hari ini.

Menurutnya, usaha berkenaan akan terus diperkasakan pada masa akan datang bagi menjadikan YPCC sebagai antara mercu tanda baharu yang mencerminkan perkembangan pendidikan dan ekonomi di Pahang.

“Saya berpandangan kita akan tingkatkan lagi usaha ini pada masa akan datang. Kita mahu apabila orang sebut YPCC Pahang, mereka terus nampak bidang pendidikan dan ekonomi,” jelasnya.

Wan Rosdy berkata, YPCC turut mempunyai potensi untuk menarik lebih banyak syarikat dan rakan strategik pada masa akan datang, namun setiap permohonan akan dinilai berdasarkan kajian serta kriteria tertentu.

“Pemilihan rakan strategik atau stakeholder berdasarkan banyak kriteria. Setiap cadangan akan dikemukakan kepada lembaga untuk pertimbangan.

“Semua ini dibuat berdasarkan kajian dan bukan dibuat secara sembarangan. Contohnya, jika sudah ada pasar raya berdekatan, kita perlu melihat jarak dan kriteria tertentu sebelum membenarkan perniagaan baharu,” katanya.

Related Posts

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

KUCHING – Seorang lelaki warga tempatan berusia 62 tahun mengalami kerugian sebanyak RM161,400 akibat ditipu dalam urusan tawaran tender pembekalan stesen jana kuasa mudah alih secara atas talian.   Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

KABONG – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak menyalurkan 900 karton air minuman botol kepada penduduk Kampung Sungai Pala yang terjejas akibat musim kemarau, pada Khamis. Penghantaran fasa kedua dijangka menyusul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled