Jika UMNO pilih PN, PH perlu perluas ‘khemah besar’ – Faiz

PAKATAN HARAPAN (PH) perlu memperluaskan konsep ‘khemah besar’ dengan mencari rakan politik baharu sekiranya UMNO memilih memperkukuh kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

Menurut Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil berkata, PH terus memantau perkembangan politik semasa, khususnya kemungkinan berlaku penjajaran semula membabitkan Umno dan Barisan Nasional (BN) menjelang PRU16.

“Kalau UMNO memilih bersama PN, maka PH harus ‘move forward’ dan membesarkan khemah besar,” katanya kepada media selepas merasmikan Karnival Merdeka Komuniti Wangsa Maju.

BN dan PH bersama beberapa parti lain membentuk kerajaan perpaduan susulan keputusan Parlimen tergantung pada PRU15 manakala PN bertindak sebagai pembangkang.

Kedua-dua gabungan berkenaan turut bekerjasama pada PRN Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan serta PRK selepas itu.

Bagaimanpun BN bergerak solo pada PRN Johor, 11 Jul lalu dan mempunyai persefahaman dengan PN pada PRN Negeri Sembilan, 1 Ogos lalu, menentang PH.

Faiz bagaimanapun berpandangan PH tidak akan mengalami kerugian sekiranya berlaku perubahan dalam kerjasama politik sedia ada.

Katanya, kerjasama PH dengan UMNO ketika ini dibentuk atas prinsip untuk mewujudkan kestabilan politik negara.

Mengulas kemungkinan penyatuan lebih besar antara UMNO dengan Pas atau PN, Faiz berkata setiap parti bebas menentukan bentuk kerjasama masing-masing dalam sebuah negara demokrasi.

“Namun rakyat akhirnya perlu menilai sama ada sesuatu gabungan politik yang dibentuk mampu menghasilkan kerajaan yang stabil dan kukuh,” katanya.

Related Posts

AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghentikan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta segera kembali ke meja rundingan. Beliau berkata, peningkatan ketegangan antara kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sulong Chalil dipindahkan ke Taman Negara Terengganu

GERIK – Gajah liar jantan yang dikenali sebagai ‘Sulong Chalil’ berjaya dipindahkan ke Taman Negara Terengganu, hari ini selepas dikesan berkeliaran di sekitar Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli sejak 17…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak perkasa kontraktor Bumiputera seiring peralihan sektor ekonomi hijau

Sarawak perkasa kontraktor Bumiputera seiring peralihan sektor ekonomi hijau

Masyarakat Mukah digesa waspada, elak pembakaran terbuka susulan jerebu

Masyarakat Mukah digesa waspada, elak pembakaran terbuka susulan jerebu

Polis tahan dua individu tempatan, rampas dadah lebih RM412,000

Polis tahan dua individu tempatan, rampas dadah lebih RM412,000

TDM gagalkan cubaan seludup barang basah sejuk beku bernilai RM380,426

TDM gagalkan cubaan seludup barang basah sejuk beku bernilai RM380,426

Petronas sasar kekal keluar 2 juta tong sehari hingga 2028

Petronas sasar kekal keluar 2 juta tong sehari hingga 2028

AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan