Kerajaan Pahang sasar kutip hasil lebih RM1 bilion untuk tahun kelima

KUANTAN – Kerajaan Pahang optimis mampu mengekalkan rekod cemerlang apabila menyasarkan kutipan hasil melebihi RM1 bilion buat tahun kelima berturut-turut, selepas merekodkan kutipan RM950 juta setakat ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pencapaian itu memberi nafas baharu untuk kerajaan negeri terus mempercepatkan pembangunan infrastruktur, memperkukuh kemudahan awam dan meluaskan manfaat kepada rakyat.

“Kita tidak boleh berhenti di sini. Kita mesti terus bergerak dan membuka lebih banyak ruang pertumbuhan.

“Alhamdulillah, hasil negeri Pahang melepasi RM1 bilion selama empat tahun berturut-turut sejak 2022.

“Insya-Allah, saya berkeyakinan tahun ini kita sekali lagi mampu mencapai kutipan melebihi RM1 bilion untuk tahun kelima berturut-turut berdasarkan kutipan semasa RM950 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan YP Commercial Centre (YPCC) di Tanjung Lumpur di sini hari ini.

Mengulas mengenai YPCC, Wan Rosdy berkata, projek berkenaan dibangunkan melalui anak syarikat milik penuh Yayasan Pahang, YP Land Sdn Bhd dan merangkumi tiga pusat komersial strategik di sekitar Kuantan iaitu YPCC Tanjung Lumpur, YPCC Bandar Indera Mahkota dan YPCC Kuantan.

Menurutnya, pembangunan di Tanjung Lumpur sahaja merangkumi kawasan seluas 24.8 ekar atau lebih 10 hektar dengan jumlah ruang boleh disewa sebanyak 232,889 kaki persegi.

“YPCC bukan sekadar deretan premis atau projek hartanah biasa. Ia adalah usaha membina ekosistem perniagaan yang lengkap dan mampan,” katanya.

YPCC Tanjung Lumpur dibangunkan dengan gabungan tiga komponen utama iaitu Zon Komersial, Zon Automotif dan RIMBUN yang merangkumi pelbagai segmen perniagaan termasuk peruncitan, automotif, makanan dan minuman, perkhidmatan serta gaya hidup.

Wan Rosdy menambah, kewujudan YPCC dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi tempatan selain mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan baharu kepada rakyat Pahang, khususnya di sekitar Kuantan.

Beliau turut menegaskan kerajaan negeri akan terus meneroka peluang pelaburan baharu bagi memastikan momentum kutipan hasil dapat dikekalkan, selari dengan aspirasi menjadikan Pahang sebagai negeri maju dan berdaya saing.

“Dengan hasil yang kukuh, kita mampu terus merancang pembangunan yang memberi impak langsung kepada rakyat. Itu keutamaan kerajaan negeri,” ujarnya.

Related Posts

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan menggesa semua pihak menghormati Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 serta proses perundangan berhubung keputusan penggantungan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Zafir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

MARAN – Penampilan istimewa kontinjen Orang Asli mencuri tumpuan pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Jengka, yang berlangsung hari ini. Kontinjen seramai 20 orang berusia antara 14 hingga 43 itu adalah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari

  • By Ezmie
  • September 22, 2026
China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari