RCI TH: Penahanan bukan secara semberono, ada jawatankuasa siasat kes secara holistik

PUTRAJAYA – Penahanan dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beberapa kenamaan susulan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) tidak dilakukan secara semberono hanya berdasarkan kes-kes lama.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, menegaskan, satu jawatankuasa dilantik bukan sekadar meneliti laporan berkenaan, malah siasatan terhadap isu TH yang pernah dijalankan SPRM.

Tegasnya, pegawai siasatan yang dilantik juga diberi arahan untuk menyiasat berdasarkan aduan dan maklumat yang diterima sahaja dan ia dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan sahaja.

“Di peringkat SPRM, saya menubuhkan satu jawatankuasa iaitu bagi meneliti kertas siasatan baharu atau kertas siasatan lama yang tidak berkeputusan.

“Terdapat kertas siasatan yang sudah dibuka sebelum ini tetapi setakat hari ini (siasatan berlangsung) ia ‘pending’ (tergantung)… tiada keputusan dibuat.

“Jadi jawatankuasa ini akan menyaring dan meneliti kedudukan kertas siasatan (lama) itu termasuk yang belum mempunyai keputusan. Keputusan sama ada wajarkah ia dibuka semula akan dilakukan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM, pada Rabu.

Abd Halim menjelaskan, kertas siasatan lama yang dibuka semula juga akan diteliti dari sudut perundangan khususnya membabitkan kertas siasatan yang diberi status ‘No Further Action’ (NFA) atau Tiada Tindakan Lanjut.

“Dalam tempoh seminggu ini, kita akan lihat sama ada jawatankuasa yang dilantik memberi keputusan untuk tindakan selanjutnya termasuklah pertuduhan di mahkamah. Jika tiada pertuduhan, maka tiadalah,” katanya.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UNIMAS, MOCA Resources meterai MoU perkasa pensijilan profesional OSH

UNIMAS, MOCA Resources meterai MoU perkasa pensijilan profesional OSH

Zambry mahu pelajar manfaat peluang belajar di seluruh negara

Zambry mahu pelajar manfaat peluang belajar di seluruh negara

Belanjawan 2027 perlu bina keupayaan ekonomi rakyat, negeri

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Belanjawan 2027 perlu bina keupayaan ekonomi rakyat, negeri

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah