32 rumah di Kampung Bukit Kapar rosak dilanda ribut

SHAH ALAM – Sebanyak 32 rumah di Kampung Bukit Kapar mengalami kerosakan selepas dilanda ribut petang semalam.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar memaklumkan operasi pemantauan di kawasan terjejas dijalankan kira-kira jam 2 petang dengan kekuatan enam anggota serta bantuan sebuah jentera dari BBP Bestari Jaya.

“Sebanyak 32 rumah dilaporkan mengalami kerosakan akibat ribut yang melanda Kampung Bukit Kapar.

“Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan cedera atau terlibat dalam kejadian itu,” menurut kenyataan BBP Kapar menerusi Facebook.

Operasi diketuai PBK II Mohd Hafiz Noorbiq menggunakan jentera FRT dari BBP Kapar dengan dibantu anggota serta jentera BBP Bestari Jaya.

Menurut bomba, keadaan cuaca baik ketika pemantauan dijalankan, namun risiko banjir masih wujud di kawasan yang terjejas.

Penduduk yang mengalami kerosakan turut membuat laporan kepada pihak berkuasa, manakala pemantauan akan diteruskan bagi memastikan keselamatan mereka.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik