Sultan, Tengku Ampuan Pahang zahir takziah untuk keluarga nahas LPT1

KUANTAN – Duka tragedi di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) turut dirasai pucuk pimpinan negeri apabila Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa dukacita mendalam kepada keluarga mangsa.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Kesultanan Pahang, baginda berdua turut meluahkan simpati kepada ahli keluarga yang sedang menghadapi saat paling sukar selepas kehilangan insan tersayang dalam nahas membabitkan 11 kenderaan dekat Lanchang, Temerloh, malam tadi.

“Baginda berdua mendoakan agar roh semua mangsa yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Moga keluarga yang ditinggalkan dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini,” menurut kenyataan itu.

Turut menzahirkan takziah ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang meluahkan rasa sedih atas pemergian sekeluarga dalam satu kemalangan.

Beliau merujuk kepada Muhammad Nazatul Nazmi dan Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, kedua-duanya 32 tahun, serta anak mereka Muhammad Armaan Nazeef yang baru berusia 4 tahun.

“Kehilangan mereka bertiga dalam sekelip mata pastinya meninggalkan kesedihan dan dugaan berat buat seluruh keluarga.

“Semoga roh ketiga-tiga Allahyarham dan Allahyarhamah dicucuri rahmat, ditempatkan bersama golongan beriman dan diampunkan segala dosa,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, empat nyawa melayang. Selain keluarga tiga beranak tersebut, seorang lagi mangsa ialah Seow Beng Wain, 55, penumpang Honda CR-V dari Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor.

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali