Lima kawasan di Sabah catat IPU tidak sihat

KOTA KINABALU – Lima stesen di Sabah merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 5.00 petang hari ini, dengan Kota Kinabalu mencatat bacaan tertinggi, iaitu 177.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, empat stesen lain yang turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Kimanis dengan IPU 166, Keningau (165), Politeknik Kota Kinabalu (159) dan Tawau (153).

“Sementara itu Sandakan pula mencatatkan kualiti udara pada tahap sederhana dengan bacaan IPU 93.

“Kualiti udara di Sabah terjejas akibat jerebu rentas sempadan yang berpunca daripada kebakaran hutan dan tanah gambut di Kalimantan.

“Asap daripada kebakaran berkenaan dipercayai dibawa tiupan angin merentasi wilayah Borneo, termasuk ke Sabah,” kongsinya pada Selasa.

Menurut JAS Sabah, berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah serta rondaan pencegahan pembakaran terbuka oleh JAS hari ini, tiada kebakaran besar lain dikesan atau dilaporkan di sekitar Kota Kinabalu, Penampang, Papar, Beaufort, Sandakan dan Tawau.

“Laporan Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC) berdasarkan imej satelit NOAA-20 pada 31 Ogos lalu turut menunjukkan tiada titik panas dikesan di Sabah.

“Bagaimanapun, sebanyak 253 titik panas dikesan di Kalimantan dan 63 lagi di Sumatera pada tarikh berkenaan,” ujarnya.

Tambah JAS Sabah , bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 201 hingga 400 adalah sangat tidak sihat dan bacaan melebihi 400 berada pada tahap berbahaya.

“Sekolah, tadika dan taman asuhan kanak-kanak (taska) akan ditutup serta-merta sekiranya bacaan IPU mencecah 200.

“Susulan cuaca panas dan kering, JAS Sabah akan terus meningkatkan tindakan penguatkuasaan serta rondaan harian di kawasan yang berpotensi berlaku pembakaran terbuka.

“Setakat ini, sebanyak 492 rondaan menerusi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) sudah dilaksanakan,” kongsinya.

Tambahnya lagi, orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka serta memantau bacaan IPU menerusi laman sesawang APIMS atau aplikasi MyJAS EQMS.

Sekiranya berlaku atau ternampak sebarang kes pembakaran terbuka atau kebakaran, orang boleh melaporkan kepada JBPM menerusi talian 999 atau talian bebas tol JAS di 1-800-88-2727.

Related Posts

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

ARAU – Kementerian Pertahanan akan menjalankan kajian bagi menambah baik bayaran insentif kepada Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) sebagai usaha meningkatkan daya tarikan penyertaan mahasiswa dalam pasukan berkenaan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

ARAU – Dunia pertahanan kini memerlukan kepakaran baharu termasuk dalam bidang kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin, sains data dan keselamatan siber bagi menghadapi perubahan bentuk peperangan moden. Menteri Pertahanan, Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014