Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan 11 kenderaan di LPT1

TEMERLOH – Empat orang disahkan meninggal dunia, manakala tiga lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan ngeri membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) arah Lanchang menghala ke Kuantan, malam tadi. Kemalangan membabitkan sebuah lori tangki, sebuah bas ekspres dan sembilan kereta.

Nahas sekitar jam 10.44 malam itu melibatkan sebuah bas ekspres membawa 30 penumpang, manakala sembilan kereta lain yang terlibat ialah jenis Proton S70, Honda CRV, Toyota Alphard, Toyota Hilux, Perodua Aruz, dua Perodua Myvi dan dua buah Proton Saga.

Menurut laporan Astro Awani, tiga daripada mangsa yang terkorban adalah pemandu dan penumpang kereta Proton S70 iaitu Muhammad Nazatullah Nazmi, 32, Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, serta seorang kanak-kanak lelaki.

Seorang lagi mangsa yang meninggal dunia ialah seorang lelaki dewasa berbangsa Cina yang berada di dalam kenderaan Honda CRV.

Dua mangsa mengalami kecederaan akibat tersepit iaitu pemandu lori tangki dan seorang lelaki dewasa di dalam Honda CRV, manakala seorang pemandu Proton Saga dilaporkan mengalami cedera ringan. Puluhan penumpang bas serta pemandu dan penumpang kenderaan lain dilaporkan selamat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang, Penguasa Kanan Bomba I Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab dengan bantuan BBP Temerloh dan BBP Karak ke lokasi.

Seramai 21 anggota bomba bersama aset logistik dikerah bagi menjalankan operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.

Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk rawatan lanjut, manakala kesemua jenazah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan susulan.

Related Posts

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

KUCHING – Seorang lelaki warga tempatan berusia 62 tahun mengalami kerugian sebanyak RM161,400 akibat ditipu dalam urusan tawaran tender pembekalan stesen jana kuasa mudah alih secara atas talian.   Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

KABONG – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak menyalurkan 900 karton air minuman botol kepada penduduk Kampung Sungai Pala yang terjejas akibat musim kemarau, pada Khamis. Penghantaran fasa kedua dijangka menyusul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled