Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

SEDAR tak sedar, ketika banyak pihak cuba memberi gambaran serong terhadap PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menerus memberi manfaat kepada rakyat melalui mandat kepimpinan beliau.

Melalui Mandat Perdana Hari Kebangsaan, berita-berita baik di sampaikan kepada rakyat, untuk rakyat.

Antara yang diumumkan ialah kelayakan BUDI MADANI dinaikkan daripada 200 kepada 300 liter bagi BUDI95, manakala BUDI Diesel meningkat daripada 300 kepada 400 liter, berkuat kuasa 1 September.

Langkah ini dijangka memanfaatkan sekitar 16 juta pengguna BUDI95 dan lebih 500,000 pengguna diesel yang layak.

Dalam sektor pendidikan pula, kerajaan menambah RM500 juta, menjadikan peruntukan penyelenggaraan dan pembaikan prasarana sekolah bagi 2027 meningkat daripada RM1 bilion kepada RM1.5 bilion.

Tidak dilupakan, golongan muda turut diberi perhatian menerusi langganan percuma selama tiga bulan bagi program AI untuk 100,000 belia berumur 18 hingga 30 tahun.

Sektor kritikal, sektor kesihatan awam pula menerima RM1 bilion bagi mempercepatkan urusan rawatan dan mengurangkan tempoh menunggu melalui sistem Rekod Kesihatan Elektronik (EMR) serta kesalinghubungan WiFi, melibatkan 150 hospital dan 2,000 klinik kesihatan.

Bagi peniaga kecil, RM200 juta Geran Sejahtera MADANI disediakan untuk membantu penyediaan kelengkapan perniagaan, termasuk ibu yang berniaga dari rumah, penjaja dan peniaga pasar malam. Pinjaman Perniagaan Mikro 2026 pula ditambah RM1 bilion, menjadikan jumlah keseluruhan RM6 bilion.

Jadi, dalam orang sibuk mengutuk PMX, kerajaan terus umumkan lagi bantuan, kemudahan dan peruntukan untuk rakyat.

Yang penting, rakyat menilai apa yang dibuat, bukan sekadar apa yang dikatakan. Penerima manfaatnya adalah rakyat, yang sebar naratif songsang hanya haus akan kekuasaan semata. Itu sahaja.

*Suwadi Guliling ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM)

Related Posts

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

PUTRAJAYA – Pengguna yang layak menerima subsidi bahan api menerusi BUDI MADANI akan kembali menikmati had kelayakan asas sebanyak 300 liter sebulan mulai esok. Kementerian Kewangan (MoF) berkata, pelarasan daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jemputan bekas PM ke Hari Kebangsaan tidak automatik sejak 2018

PUTRAJAYA – Jemputan ke Sambutan Hari Kebangsaan tidak dipanjangkan secara automatik kepada mantan Perdana Menteri sejak 2018, menurut Urus Setia Sambutan Hari Kebangsaan 2026. Penjelasan itu dibuat susulan pertanyaan berhubung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

  • By Ezmie
  • August 31, 2026
‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis