12 bayi Merdeka lahir di Pahang

KUANTAN – Seramai 12 bayi dilahirkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 di seluruh Pahang sejak tengah malam tadi hingga jam 9 pagi tadi.

Daripada jumlah itu, enam bayi lelaki dan enam bayi perempuan direkodkan dilahirkan di beberapa hospital di negeri ini dalam tempoh berkenaan.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Saiful Azlan Sharif berkata, lima bayi dilahirkan secara normal manakala tujuh lagi menerusi kaedah pembedahan.

“Daripada jumlah tersebut, 10 bayi merupakan bayi Melayu, seorang berketurunan Orang Asli dan seorang lagi bayi bukan warganegara Malaysia.

“Semua bayi dilaporkan berada dalam keadaan sihat di samping ibu masing-masing,” katanya, lapor Kosmo Online.

Beliau berkata, bayi merdeka pertama tahun ini direkodkan dilahirkan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh pada jam 12.12 tengah malam.

Sementara itu, katanya Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan mencatatkan jumlah kelahiran bayi merdeka tertinggi iaitu enam orang.

Ia diikuti HoSHAS dan Hospital Kuala Lipis yang masing-masing merekodkan dua kelahiran, manakala Hospital Pekan dan Hospital Raub masing-masing mencatatkan seorang bayi.

Related Posts

‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

KOTA BELUD – Sembilan pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Tuaran cedera ringan selepas bas persiaran yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Simpang Tiga Jalan Kota Belud-Kundasang, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

KANGAR – Lautan hampir 2,000 pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Awam (UA) yang memenuhi trek stadium mencuri tumpuan pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 peringkat negeri Perlis di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

  • By Ezmie
  • August 31, 2026
‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat