‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

KOTA BELUD – Sembilan pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Tuaran cedera ringan selepas bas persiaran yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Simpang Tiga Jalan Kota Belud-Kundasang, di sini, pada Ahad.

‎Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, bas berkenaan disewa untuk membawa 35 pelajar bersama-sama seorang guru sebelum terbabit dalam kemalangan kira-kira jam 11 pagi.

‎”JBPM Sabah menerima panggilan kecemasan menerusi NG999 pada jam 11 pagi sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud digerakkan ke lokasi.

‎”Sembilan pelajar yang mengalami kecederaan ringan diberikan bantuan sebelum dihantar ke Hospital Kota Belud untuk mendapatkan rawatan lanjut.

‎”Mangsa dibawa menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) Tuaran, KKM Kota Belud serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.

‎Tambahnya, operasi yang diketuai oleh PBK I Mohd Farhad Abdullah dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM), KKM dan APM ditamatkan pada jam 12.32 tengah hari selepas pasukan penyelamat memastikan keadaan di lokasi selamat dan terkawal.

Related Posts

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

KUANTAN – Seramai 12 bayi dilahirkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 di seluruh Pahang sejak tengah malam tadi hingga jam 9 pagi tadi. Daripada jumlah itu, enam bayi lelaki dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

KANGAR – Lautan hampir 2,000 pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Awam (UA) yang memenuhi trek stadium mencuri tumpuan pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 peringkat negeri Perlis di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

  • By Ezmie
  • August 31, 2026
‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat