RM2,000 tempah uniform dua anak, ibu bapa sokong minat

PUTRAJAYA – Minat Muhd Rafa, 10, dan adiknya, Muhd Rayyan, 7, terhadap pasukan unit beruniform mendapat sokongan penuh ibu bapa mereka yang sanggup membelanjakan kira-kira RM2,000 untuk menempah pakaian berkenaan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya, hari ini.

Ibu mereka, Nurul Hijrah Basyirah, 32, berkata, kedua-dua anaknya sendiri meminta untuk mengenakan pakaian unit beruniform ketika menghadiri sambutan berkenaan dan sudah melakukannya sejak dua tahun lalu.

Katanya, beliau bersama suami, Muhd Fadzil, 39, yang juga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), melihat perkara itu sebagai minat yang wajar disokong tanpa sebarang paksaan.

“Anak-anak saya yang minta sendiri. Sudah dua tahun mereka memakai pakaian unit beruniform semasa Hari Kebangsaan.

“Satu sebab kami memilih pakaian mengikut tema dan kedua, anak-anak memang minat. Saya sebagai ibu menyokong minat mereka,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press (TMP) di Dataran Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, keluarga mereka datang dari Lumut, Perak, tiga hari sebelum sambutan dan berada di Dataran Putrajaya seawal jam 2.30 pagi bagi menyaksikan kemeriahan sambutan.

“Keseluruhan kos untuk menempah pakaian unit beruniform bagi dua anak saya kira-kira RM2,000. Kami tidak kisah kerana mereka memang minat dan kami mahu menyokong minat itu,” katanya.

Sementara itu, Muhd Fadzil berkata, beliau bersama isterinya sentiasa memberikan dorongan kepada anak-anak untuk meneroka minat masing-masing.”Saya sebagai bapa melihat kepada minat anak-anak. Mereka sendiri yang minta untuk memakai uniform ini.

“Saya tidak memaksa dan hanya memberikan dorongan. Cara saya mendidik anak-anak adalah tegas dengan perkara yang sewajarnya, manakala dalam soal minat, saya dan isteri memberikan sokongan,” katanya.

Katanya, Muhd Rafa juga bercita-cita untuk menjadi anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila dewasa kelak.Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya hari ini berlangsung meriah dengan kehadiran orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat yang hadir seawal pagi bagi menyaksikan perbarisan, perarakan dan pelbagai persembahan.

Bagi pasangan itu, perbelanjaan untuk pakaian unit beruniform dua anak mereka adalah sebahagian daripada usaha menyokong minat mereka, selain memberi peluang kepada anak-anak merasai sendiri kemeriahan sambutan hari kemerdekaan.

Related Posts

Momen mesra Anwar bersama bayi raih reaksi positif pengguna media sosial

PUTRAJAYA – Bukan sekadar bersalaman atau bergambar, kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tengah-tengah lautan lebih 100,000 pengunjung Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dataran Putrajaya hari ini mencetuskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sambutan Hari Kebangsaan jadi kenangan istimewa ulang tahun ke-7

PUTRAJAYA – Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya hari ini menjadi kenangan istimewa buat Abu Rayyan yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-7 bersama ibu bapanya. Bagi Hazirah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Momen mesra Anwar bersama bayi raih reaksi positif pengguna media sosial

Momen mesra Anwar bersama bayi raih reaksi positif pengguna media sosial

Enam ikhtiar kerajaan berpotensi beri impak kepada rakyat Sabah

  • By Ezmie
  • August 31, 2026
Enam ikhtiar kerajaan berpotensi beri impak kepada rakyat Sabah

Brunei, Indonesia sertai perbarisan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026

  • By Ithma
  • August 31, 2026
Brunei, Indonesia sertai perbarisan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026

Akhlak, ilmu jadi tunjang perkasa jati diri Muslim

Akhlak, ilmu jadi tunjang perkasa jati diri Muslim

SADA mahu teroka peluang baharu, pacu pembangunan Sri Aman

SADA mahu teroka peluang baharu, pacu pembangunan Sri Aman

50,000 meriahkan Hari Kebangsaan, Hari Sabah 2026

  • By Ithma
  • August 31, 2026
50,000 meriahkan Hari Kebangsaan, Hari Sabah 2026