SADA mahu teroka peluang baharu, pacu pembangunan Sri Aman

SRI AMAN – Lawatan kerja Sri Aman Development Agency (SADA) ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Serdang, Selangor bukan sekadar kunjungan rasmi, sebaliknya menjadi platform meneroka peluang baharu yang mampu memberi impak kepada pembangunan Bahagian Sri Aman.

Pengerusi SADA, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, lawatan selama dua hari pada 29 dan 30 Ogos lalu itu memberi tumpuan kepada usaha mengenal pasti peluang kerjasama serta jaringan strategik yang boleh diterjemahkan kepada manfaat sebenar kepada masyarakat setempat.

Menurutnya, setiap hasil lawatan dan perkongsian ilmu sepanjang MAHA 2026 perlu disusuli dengan tindakan yang mampu memberi nilai tambah kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan komuniti.

“Lawatan ini bukan sekadar kunjungan rasmi atau suka-suka semata-mata. Apa yang paling penting adalah hasil dan tindakan susulan yang nyata daripada apa yang kita teroka di sini.

“Kita mahu apa yang dipelajari dan diterokai di sini dapat diadaptasikan demi manfaat dan pembangunan Bahagian Sri Aman secara keseluruhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lawatan berkenaan turut memberi peluang kepada delegasi untuk melihat sendiri perkembangan terkini dalam sektor pertanian, hortikultur, agro pelancongan, inovasi serta pendekatan baharu yang berpotensi untuk diketengahkan di Bahagian Sri Aman.

Dalam pada itu, SADA komited memastikan hasil penemuan, inovasi dan perkongsian ilmu yang diperoleh sepanjang lawatan berkenaan tidak terhenti di peringkat lawatan semata-mata.

Sebaliknya, ia akan diteliti bagi mengenal pasti pendekatan yang bersesuaian untuk diterapkan dalam konteks pembangunan tempatan, khususnya dalam usaha memperkukuh ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat di Bahagian Sri Aman.

SADA melihat MAHA 2026 sebagai ruang strategik untuk memperluaskan jaringan kerjasama dan mendapatkan idea baharu yang boleh menyokong agenda pembangunan Bahagian Sri Aman secara lebih menyeluruh.

Turut menyertai delegasi ialah Pegawai Tadbir Khas SADA, Alfred Geling; Pegawai Daerah Sri Aman, Shariff Bujang; Pegawai Daerah Pantu, Raca Mulong; Jurutera Bahagian Jabatan Kerja Raya (JKR) Sri Aman, Ts. Lenny Busuri serta wakil daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP), Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dan Sekretariat SADA.

Related Posts

Enam ikhtiar kerajaan berpotensi beri impak kepada rakyat Sabah

KOTA KINABALU – Enam ikhtiar utama yang diumumkan kerajaan sempena Hari Kebangsaan 2026 berpotensi membantu ekonomi dan kesejahteraan rakyat, khususnya di Sabah, menerusi pengurangan kos sara hidup, pembangunan kapasiti rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Brunei, Indonesia sertai perbarisan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026

KOTA KINABALU – Penyertaan kontinjen dari Brunei Darussalam dan Indonesia mencuri perhatian pada Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026 di Dataran Bandaraya, Jalan Tun Fuad Stephens di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Momen mesra Anwar bersama bayi raih reaksi positif pengguna media sosial

Momen mesra Anwar bersama bayi raih reaksi positif pengguna media sosial

Enam ikhtiar kerajaan berpotensi beri impak kepada rakyat Sabah

  • By Ezmie
  • August 31, 2026
Enam ikhtiar kerajaan berpotensi beri impak kepada rakyat Sabah

Brunei, Indonesia sertai perbarisan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026

  • By Ithma
  • August 31, 2026
Brunei, Indonesia sertai perbarisan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026

Akhlak, ilmu jadi tunjang perkasa jati diri Muslim

Akhlak, ilmu jadi tunjang perkasa jati diri Muslim

SADA mahu teroka peluang baharu, pacu pembangunan Sri Aman

SADA mahu teroka peluang baharu, pacu pembangunan Sri Aman

50,000 meriahkan Hari Kebangsaan, Hari Sabah 2026

  • By Ithma
  • August 31, 2026
50,000 meriahkan Hari Kebangsaan, Hari Sabah 2026