Parti KDM bukan ahli GRS, sokongan wakil rakyat lebih penting – Hajiji

KOTA KINABALU – Tindakan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) menarik sokongan tidak menjejaskan kedudukan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), memandangkan Parti KDM bukan parti komponen gabungan itu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, perkara yang lebih penting ketika ini ialah sokongan wakil rakyat KDM di Paginatan terhadap kerajaan negeri.

“KDM ini bukan ahli GRS, dia bukan dalam Gabungan Rakyat Sabah. Jadi tidak timbul dia tarik sokongan atau tidak, itu dia punya pasal lah,

“Yang penting di sini, dia mempunyai satu wakil rakyat. Wakil rakyat ini di Paginatan telah menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi PGRS, di sini pada Sabtu.

Menurut Hajiji yang juga Pengerusi GRS, walaupun wakil rakyat berkenaan merupakan ahli Parti KDM, sokongan yang diberikan kepada kerajaan negeri merupakan perkara yang penting.

“Dia sokong kerajaan negeri. Ahli dia mungkin KDM lah, yang penting sokongan dalam Dewan Negeri,” tegasnya.

Sementara itu, Hajiji berkata, kerjasama antara parti yang menganggotai kerajaan negeri akan diteruskan bagi memastikan pentadbiran berjalan lancar.

“Sekarang kerajaan negeri dianggotai oleh GRS dan dalam GRS ini ada beberapa buah parti, dan juga dianggotai oleh PH dan juga Barisan Nasional.

“Dan mereka sudah berada dalam kerajaan. Jadi kerjasama itu akan kita teruskan dengan parti-parti yang menganggotai kerajaan negeri pada hari ini,” kongsinya.

Mengulas lanjut mengenai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU), Hajiji berkata, GRS akan terus memperkukuh jentera parti di semua peringkat meskipun tarikh pilihan raya masih belum diketahui.

“Sebagai parti yang mengetuai kerajaan, kita mesti bersedia daripada sekarang menggerakkan parti semua peringkat termasuk sayap-sayap dengan turun ke bawah buat program untuk bersedia menghadapi pilihan raya umum.

“Kita sentiasa bekerja turun ke bawah menemui rakyat untuk kita perkuatkan jentera parti,” ujarnya.

Related Posts

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

KUCHING – Penglibatan pemimpin muda yang membawa idea segar dan pendekatan baharu perlu terus diperkukuh bagi memastikan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) kekal relevan dalam memperjuangkan pembangunan generasi muda…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

MUKAH – Keunikan budaya Melanau dan Jawa menjadi tarikan utama Festival Saga Nusantara (SNF) 2026 yang julung kali dianjurkan di Mukah selama lima hari bermula 21 hingga 25 Oktober ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok