Pegawai Perhubungan Awam diseru kuasai fakta, bijak urus krisis – Abdullah Saidol

KUCHING – Pegawai Perhubungan Awam (PRO) kerajaan diseru supaya bertindak sebagai barisan hadapan yang proaktif dengan menguasai fakta asas jabatan masing-masing secara menyeluruh.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, langkah tersebut amat penting bagi memastikan imej agensi terpelihara dan komunikasi strategik kementerian dapat disampaikan dengan lebih berkesan.

Abdullah menegaskan, peranan unit komunikasi tidak boleh dipandang remeh dalam usaha merapatkan jurang persefahaman antara kerajaan dengan rakyat.

Menyentuh mengenai pengurusan krisis di media sosial, beliau menasihati para pegawai supaya mengendalikan setiap kritikan awam secara rasional serta profesional.

“Pemimpin dan PRO tidak seharusnya cepat melenting apabila berhadapan dengan isu, sebaliknya perlu menguruskannya dengan tenang ibarat menarik rambut di dalam tepung,” katanya.

Beliau turut menyarankan agar penjawat awam menguasai seni komunikasi ke atas apabila berhadapan dengan pelbagai gaya kepemimpinan pentadbiran tertinggi.

Jelasnya, kemahiran menawarkan perspektif alternatif secara bersopan santun amat kritikal bagi memastikan kelancaran sistem tadbir urus kerajaan.

Related Posts

‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

KOTA BELUD – Sembilan pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Tuaran cedera ringan selepas bas persiaran yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Simpang Tiga Jalan Kota Belud-Kundasang, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
12 bayi Merdeka lahir di Pahang

KUANTAN – Seramai 12 bayi dilahirkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 di seluruh Pahang sejak tengah malam tadi hingga jam 9 pagi tadi. Daripada jumlah itu, enam bayi lelaki dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

  • By Ezmie
  • August 31, 2026
‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis