Amanat Perdana Hari Kebangsaan dipindah ke PICC susulan jerebu

PUTRAJAYA – Keadaan jerebu menyebabkan Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 yang dijadualkan berlangsung Ahad ini tidak lagi diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, sebaliknya dipindahkan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, Kementerian Komunikasi berkata, perubahan lokasi itu mengambil kira keadaan semasa, selain mengutamakan keselamatan dan kesihatan tetamu serta orang ramai.

Dalam kenyataan hari ini, jawatankuasa itu berkata, langkah berkenaan turut membolehkan majlis berlangsung dalam keadaan lebih terkawal dan selesa, tanpa menjejaskan pengisian serta semangat sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

“Kerajaan akan terus memantau keadaan jerebu dan perkembangan kualiti udara dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Berhubung acara perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026, keputusan mengenainya akan dibuat berdasarkan penilaian keadaan semasa dengan mengambil kira nasihat dan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Orang ramai disaran sentiasa mengikuti perkembangan keadaan jerebu dan merujuk saluran rasmi KKM bagi mendapatkan maklumat serta nasihat berkaitan kesihatan.

Related Posts

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

BENTONG – Kemerdekaan tidak seharusnya hanya difahami sebagai kebebasan daripada penjajahan, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui penguasaan ilmu dan pendidikan bagi membolehkan masyarakat Orang Asli menentukan masa depan serta bersaing dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kebakaran Kg Numbak: 202 rumah terjejas, 134 mangsa dipindahkan ke PPS

KOTA KINABALU – Sebanyak 202 rumah terjejas manakala 134 mangsa daripada 40 Ketua Isi Rumah (KIR) dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) susulan kebakaran besar membabitkan perkampungan atas air…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

Proses nyahwarta Hutan Simpan Kekal tidak dibuat sewenang-wenangnya

Proses nyahwarta Hutan Simpan Kekal tidak dibuat sewenang-wenangnya

Kebakaran Kg Numbak: 202 rumah terjejas, 134 mangsa dipindahkan ke PPS

  • By Ezmie
  • August 30, 2026
Kebakaran Kg Numbak: 202 rumah terjejas, 134 mangsa dipindahkan ke PPS

USIM perkasa ilmu turath, lantik Sheikh Wazir Che Awang Al-Makki Profesor Adjung

USIM perkasa ilmu turath, lantik Sheikh Wazir Che Awang Al-Makki Profesor Adjung

Doktor tak perlu lagi selak fail, RM1 bilion perkasa rekod perubatan digital – Fahmi

Doktor tak perlu lagi selak fail, RM1 bilion perkasa rekod perubatan digital – Fahmi

Geran Sejahtera MADANI RM200 juta bagi peniaga kecil – PM

Geran Sejahtera MADANI RM200 juta bagi peniaga kecil – PM