Banjir besar Nepal, 55 rakyat Malaysia masih gagal dihubungi

KATHMANDU – Seramai 55 rakyat Malaysia masih terputus hubungan susulan banjir besar melanda daerah Rasuwa, Nepal, awal pagi Rabu, manakala angka korban akibat bencana itu meningkat kepada 165 orang.

Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Mohd Firdaus Azman berkata, pihaknya sedang berusaha mendapatkan perkembangan terkini mengenai keselamatan rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi.

Beliau berkata, pihak berkuasa Nepal kini menggerakkan seluruh jentera penyelamat bagi mempergiat operasi mencari dan menyelamat mangsa, terutama mereka yang cedera parah untuk dibawa ke Kathmandu bagi mendapatkan rawatan.

“Buat masa ini pihak berkuasa Nepal telah mengarahkan seluruh jentera penyelamat dan pihak berkuasa untuk mencari mereka yang cedera parah dan mereka ini dibawa ke Kathmandu,” katanya.

Mohd Firdaus berkata demikian kepada Pengarah Pembangunan Strategik Jabatan Penyiaran Malaysia, Fairuz Mohd Radzi, yang berada di Kathmandu bagi menghadiri Mesyuarat Agung Institut Pembangunan Penyiaran Asia-Pasifik Ke-24.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat berdepan beberapa cabaran berikutan kerosakan infrastruktur, termasuk jalan raya dan sistem komunikasi di kawasan terjejas.

Katanya, jalan raya sepanjang kira-kira 40 kilometer di kawasan bencana dilaporkan mengalami kerosakan teruk sehingga tidak dapat dilalui, menyebabkan helikopter menjadi satu-satunya kaedah untuk sampai ke lokasi berkenaan.

“Oleh sebab demikian, pihak berkuasa Nepal telah memberikan fokus bagi mencari mereka yang cedera parah dan mereka ini dibawa ke hospital di Kathmandu untuk tujuan rawatan,” katanya.

Dalam pada itu, pihak Kedutaan Malaysia di Kathmandu turut berhubung rapat dengan hospital utama di ibu negara Nepal bagi mengenal pasti sekiranya terdapat rakyat Malaysia yang ditemukan dan dibawa mendapatkan rawatan.

Mohd Firdaus berkata, usaha berkenaan penting memandangkan kekangan komunikasi dengan mereka yang berada di kawasan terjejas menyukarkan pihak kedutaan mendapatkan maklumat secara langsung.

Beliau turut meminta rakyat Malaysia yang sedang berusaha mengesan keluarga, saudara-mara atau rakan yang berada di kawasan bencana supaya menghubungi Kedutaan Malaysia di Kathmandu melalui e-mel yang disediakan.

Related Posts

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PENYELESAIAN kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, tidak seharusnya berakhir dengan penarikan balik tindakan undang-undang semata-mata. Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar