Lantang tak bertempat: UMNO berasa kembali kuat?

DARIPADA seorang, kini bertambah lagi seorang politikus UMNO tampil dengan suara yang besar dan gemanya berdengung ke seluruh pelosok negara.

Bermula dengan gema Ketua Pemudanya – Datuk Dr. Muhamad Akmal Salleh – yang menghangatkan iklim politik negara dengan siri ‘perjuangan bangsa dan agama’, UMNO kini menambah koleksi politikus lantang tak bertempat.

Tambahan itu yang melibatkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merangkap Timbalan Pengerusi UMNO Johor yang – Datuk Nur Jazlan Mohamed – dilihat oleh banyak pihak sebagai terlalu gelojoh.

Mungkin disebabkan sangat teruja dengan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota hampir seminggu yang lalu Nur Jazlan melatah melebihi garis merah.

Tanggapan itu munasabah kerana kata-kata Nur Jazlan bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) hanyalah penumpang dalam Kerajaan Perpaduan sangat naif dan boleh dinafikan dengan fakta dan angka.

Kadabgkala terfikir juga kita macam mana orang yang ada kelulusan dan pengiktirafan berkaitan bidang ‘angka’ seperti Nur Jazlan boleh berkomentar begitu?

Nur Jazlan, lupakan pasal skil ‘bermain poker’; baik anda tengok jumlah kerusi Parlimen; siapa yang lebih banyak – PH atau BN?

PH bukannya mahu mengungkit, tetapi sikap kamu keterlaluan – mendesak PH memohon maaf atas kesalahan yang tidak pernah dilakukan PH.

Sikap anda menepati maksud peribahasa; “Bagai beruk mendapat bunga” “Kacang lupakan kulit”, dan “Bagaikan melepaskan anjing yang tersepit.”

Anda terlalu vokal tetapi bukan pada tempatnya. Tak bagus bersikap begitu kepada rakan-rakan.

Tak payahlah anda cuba menyaingi Ketua Pemuda UMNO yang kononnya membela bangsa dan agama.

Nur Jazlan, anda jangan jadi seperti dia kerana isu yang timbul ketika dia berjuang itu sebenarnya langsung tidak berkaitan ancaman ke atas bangsa dan agama pun.

Tak bagus begitu kerana jika itu diamalkan, nanti dikata orang, anda ahli politik separuh masak.

Ingat pesanan ini!

Rakyat yang waras memerlukan Ketua Pemuda UMNO yang rasional dan ahli politik veteran yang boleh dijadikan tempat mendapat khidmat nasihat.

Kasihanilah Presiden anda. Beliau bagus. Jangan anda rosakkan reputasinya!

Sekarang rakyat tertanya-tanya punca anda berdua menongkah arus?

Adakah anda sudah berasa UMNO cukup kuat sekarang dan boleh berkata apa-apa sahaja?

Adakah anda tidak serik dan tidak mahu belajar daripada kesilapan lalu
sehingga akhirnya terjerumus ke gaung yang gelap gelita?

Adakah anda mahu UMNO sekali lagi diajar oleh rakyat?

Jawapan di tangan anda berdua dan orang sefikiran dengan anda!

Related Posts

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia

KITA telah berbicara tentang pembinaan negara bangsa dan hati nurani sebuah tamadun. Tentang bagaimana sesebuah negara tidak mampu berdiri hanya melalui kekuatan institusi atau pembangunan material semata-mata, tetapi memerlukan kesedaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mujahid santuni ahli Amanah, tekankan politik matang dan rahmah

Mujahid santuni ahli Amanah, tekankan politik matang dan rahmah

RM230 juta bagi Skim PADURI MADANI, sasar lahir 29,000 usahawan wanita B40

RM230 juta bagi Skim PADURI MADANI, sasar lahir 29,000 usahawan wanita B40

BN Johor beri isyarat pertandingan tiga penjuru PRN dan PRU – Suhaizan

BN Johor beri isyarat pertandingan tiga penjuru PRN dan PRU – Suhaizan

Muzakarah ulama seru agenda “Tajdid Siyasi Malaysia” demi politik lebih harmoni

Muzakarah ulama seru agenda “Tajdid Siyasi Malaysia” demi politik lebih harmoni

Anwar dijangka gegar Puteri Wangsa pada ceramah perdana PH esok

Anwar dijangka gegar Puteri Wangsa pada ceramah perdana PH esok

Kerajaan MADANI perkasa pendidikan, utamakan ilmu dan nilai kemanusiaan

Kerajaan MADANI perkasa pendidikan, utamakan ilmu dan nilai kemanusiaan