KDNK 6% disumbang oleh sektor AI, pusat data dan digital

KUALA LUMPUR – Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak enam peratus yang dicatatkan negara turut disumbangkan sektor kecerdasan buatan (AI), pusat data dan digital yang memberi manfaat kepada pembangunan, peluang pekerjaan serta peningkatan keupayaan teknologi. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, meskipun pertumbuhan KDNK negara berada pada paras tinggi, sektor berkenaan tidak memberikan hasil pendapatan secara langsung kepada negara.

Menjelaskan kekeliruan berhubung persepsi ekonomi itu, beliau menyatakan bahawa tanggapan sebilangan pihak yang menganggap pertumbuhan kukuh akan membolehkan kerajaan menaikkan perbelanjaan negara secara
mendadak merupakan fahaman ‘ekonomi cetek’.

“Pertumbuhan tinggi dalam bidang AI, pusat data dan digital ini tidak memberikan hasil pendapatan terus kepada negara. Ia memberikan ruang dari segi pembangunan, peluang pekerjaan, dan peningkatan keupayaan teknologi. 

“Jadi hasilnya di situ. Ia tidak umpamanya membuka kilang atau hasil pertanian di mana hasilnya pulangan terus kepada negara. Jadi hasilnya tidak setimpal dengan peningkatan pertumbuhan,” katanya pada Majlis Perasmian Ekspo Inovasi dan Pengkomersialan Nasional (NICE) 2026.

Menyentuh berhubung Belanjawan 2027, Perdana Menteri berkata, peruntukan tambahan bagi sektor-sektor tertentu ada hadnya bagi mengelakkan risiko peningkatan hutang yang lebih tinggi.

Katanya, dana yang digunakan untuk menampung Belanjawan 2027 adalah daripada hasil kutipan cukai dan ia tidak boleh dinaikkan sewenang-wenangnya serta dilaksanakan secara berhati-hati.

“Kita perlu memahami kekangan kita. Adakah ini bermakna kita semestinya perlu mengurangkan peruntukan untuk penyelidikan dan sains? Tidak. 

“Tetapi apa yang saya cadangkan ialah kita memanfaatkan sepenuhnya kapasiti yang ada dan memastikan sinergi antara pusat-pusat penyelidikan, universiti, GLC (Syarikat Milik Kerajaan), dan sektor swasta ditingkatkan lagi bagi memastikan kaedah penyaluran dana yang lebih berkesan,” katanya.

Pada 14 Ogos lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan ekonomi Malaysia berkembang 6.0 peratus pada suku kedua 2026, meningkat daripada 5.4 peratus pada suku pertama.

Menurut BNM, pertumbuhan itu didorong permintaan domestik yang berterusan dan eksport yang kukuh, manakala perbelanjaan isi rumah disokong pertumbuhan pendapatan yang stabil serta sokongan dasar berterusan.

Eksport pula dipacu antaranya oleh kekuatan produk elektrik dan elektronik (E&E), pengembangan eksport perkhidmatan serta pemulihan eksport gas asli cecair (LNG) dan produk pembuatan bukan E&E.

Sektor perkhidmatan berkembang 5.9 peratus, manakala sektor pembuatan mencatat pertumbuhan 7.3 peratus, dengan prestasi E&E disokong permintaan kukuh berkaitan kecerdasan buatan (AI).

BNM mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara antara 4.0 hingga 5.0 peratus bagi 2026, dengan perkembangan terkini menunjukkan pertumbuhan keseluruhan tahun boleh berada sekitar 5 peratus.

  • Related Posts

    Belanjawan 2027 perlu seimbangkan kebajikan rakyat, kekuatan ekonomi – Penganalisis

    KERAJAAN perlu memastikan Belanjawan 2027 memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pendapatan rakyat, selain mengawal kos sara hidup dan memperkukuh daya saing ekonomi negara, kata Pengarah Program MBA, Putra Business School…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Jangan bergantung harap dana dari langit

    KUALA LUMPUR – Pimpinan kerajaan disaran memperkukuh sinergi dengan pelbagai pihak khususnya bagi melonjakkan sektor teknologi dan inovasi ke tahap lebih tinggi, bukan semata-mata mengharapkan peruntukan menerusi belanjawan. Perdana Menteri,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Bengkel UKAS Making Connections 2026 mantap kemahiran komunikasi krisis PRO

    Bengkel UKAS Making Connections 2026 mantap kemahiran komunikasi krisis PRO

    Kepemimpinan berhemah, komunikasi krisis telus bina semula kepercayaan awam – Bahtiar

    Kepemimpinan berhemah, komunikasi krisis telus bina semula kepercayaan awam – Bahtiar

    AMK bidas Sanusi, mahkamah pun kena maki bila kalah

    AMK bidas Sanusi, mahkamah pun kena maki bila kalah

    Isu judi: Sanusi jangan kalah di mahkamah, PMX pula dimaki – Mahfuz

    Isu judi: Sanusi jangan kalah di mahkamah, PMX pula dimaki – Mahfuz

    Padah simpan tenggiling, beruk, lelaki dipenjara 60 bulan

    • By Ezmie
    • August 27, 2026
    Padah simpan tenggiling, beruk, lelaki dipenjara 60 bulan

    Kerajaan MADANI tidak pernah luluskan lesen judi baharu di Kedah

    Kerajaan MADANI tidak pernah luluskan lesen judi baharu di Kedah