Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

KANGAR – Peniaga di Dataran Kampung Wai, Kuala Perlis kecewa apabila mendakwa menerima notis supaya merobohkan gerai masing-masing bagi memberi laluan kepada penganjuran pesta air selama tiga hari.

Dakwaan itu dibangkitkan menerusi akaun TikTok semutmerah_312 yang mempersoalkan tindakan berkenaan selepas kawasan tersebut semakin dikenali sebagai antara lokasi rekreasi yang menjadi tumpuan pengunjung di Perlis.

Menurut satu hantaran di akaun itu, Dataran Kampung Wai sebelum ini merupakan kawasan yang sunyi dan kurang dikunjungi orang ramai sebelum beberapa anak muda tempatan mengambil inisiatif menghidupkan kawasan tersebut.

Katanya, antara usaha dilakukan termasuk menyediakan perkhidmatan bot, kayak serta beberapa aktiviti rekreasi yang secara tidak langsung menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan berkenaan.

“Perkembangan itu, turut memberi peluang kepada penduduk setempat menjalankan perniagaan makanan dan minuman selain memperoleh pendapatan melalui kedatangan pengunjung.

“Dataran Kampung Wai yang dahulunya sunyi kini menjadi antara lokasi tumpuan selepas usaha anak muda tempatan menyediakan aktiviti seperti bot dan kayak sehingga membuka peluang penduduk setempat mencari rezeki,” dakwanya.

Bagaimanapun, pemilik akaun berkenaan mendakwa peniaga kini menerima notis supaya merobohkan gerai masing-masing dengan alasan kawasan tersebut diperlukan bagi penganjuran pesta air selama tiga hari.

“Apabila orang tempatan sendiri berusaha menaikkan tempat itu sehingga menjadi meriah, penduduk sekitar juga mendapat peluang mencari rezeki tanpa sebarang bantuan kerajaan.

“Sekarang apabila tempat itu sudah viral dan ramai pengunjung datang, timbul pula isu gerai perlu dirobohkan,” dakwanya.

Akaun tersebut turut mendakwa beberapa permohonan berkaitan pembangunan kawasan itu pernah dikemukakan sebelum ini, namun usaha pengusaha serta peniaga tempatan tidak mendapat perhatian sewajarnya.

Dalam masa sama, timbul juga dakwaan dalam kalangan penduduk serta akaun Safwan Yazi bahawa pengurusan kawasan berkenaan mungkin diserahkan kepada pengusaha lain.

Setakat ini, belum ada penjelasan rasmi daripada kerajaan negeri atau agensi berkaitan berhubung dakwaan notis merobohkan gerai serta perancangan sebenar terhadap Dataran Kampung Wai.

Related Posts

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menggagalkan sembilan kes cubaan menyeludup minuman keras bernilai RM4.15 juta termasuk duti dan cukai menerusi pemeriksaan di Pelabuhan Sepanggar. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

TAWAU – Seorang graduan Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) 4.00 memerlukan sokongan dana sebanyak RM20,000 bagi menampung kos visa sebelum melanjutkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

  • By Fatin
  • August 26, 2026
Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK