Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

TAWAU – Seorang graduan Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) 4.00 memerlukan sokongan dana sebanyak RM20,000 bagi menampung kos visa sebelum melanjutkan pengajian ke United Kingdom (UK).

Muhammad Firdaus Abdul Rahman berkata, sebelum ini dia merupakan pelajar di MRSM Tun Mustapha Tawau dan mencatat keputusan cemerlang 8A+ dan 1A dalam SPM 2024 sebelum melanjutkan pengajian di UIAM dan kini ditawarkan Master of Pharmacy di University of Sunderland, UK.

“Biasiswa yang saya terima menanggung yuran pengajian selama empat tahun dan sara diri, namun kos visa perlu ditanggung sendiri.

“Oleh itu saya memerlukan RM20,000 untuk kos visa sahaja,” katanya kepada media, di Tawau.

Anak Kampung Mentadak Baru, Pulau Sebatik itu berkata, urusan biometrik dijadualkan pada 3 September manakala pendaftaran universiti ditetapkan pada 14 September.

“Tiket penerbangan pula telah ditaja oleh pihak universiti.

“Pihak Muafakat MRSM Tun Mustapha juga menggerakkan kutipan sumbangan bagi membantu saya mencapai sasaran RM20,000 tersebut,” ujarnya.

Difahamkan, Firdaus kehilangan ayahnya sejak kecil dan kini tinggal bersama ibunya berjaya membuktikan perjalanan akademiknya penuh dengan pencapaian membanggakan.

Bantuan boleh disalurkan ke https://app.muafakatpay.com/muafakatmrsmtawau/pembiayaanvisabelajar.

Related Posts

Jangan lindungi perbuatan khianat Ismail penyebab kemurkaan Tuanku Muhriz

POLEMIK mengenai cara Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menegur Menteri Besar, Datuk Seri Ismail Lasim tidak seharusnya dijadikan politik pertikaian atau ‘alih perhatian’ daripada persoalan lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan sokong usaha perkukuh pemikiran Islam, tadbir urus negara

KUALA LUMPUR – Usaha memperkukuh penyelidikan dan memperluas wacana pemikiran Islam terus mendapat sokongan kerajaan bagi memastikan sumbangan bidang keilmuan itu dapat dimanfaatkan dalam pembangunan tadbir urus negara serta kesejahteraan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan lindungi perbuatan khianat Ismail penyebab kemurkaan Tuanku Muhriz

Jangan lindungi perbuatan khianat Ismail penyebab kemurkaan Tuanku Muhriz

Kerajaan sokong usaha perkukuh pemikiran Islam, tadbir urus negara

Kerajaan sokong usaha perkukuh pemikiran Islam, tadbir urus negara

Warga asing maut motosikal rempuh kenderaan buat pusingan U

  • By Fatin
  • October 16, 2026
Warga asing maut motosikal rempuh kenderaan buat pusingan U

Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

Pelajar UM nafi soalan ‘scripted’, tegaskan fokus isu rasuah dan feudalisme

Pelajar UM nafi soalan ‘scripted’, tegaskan fokus isu rasuah dan feudalisme

Maritim Malaysia pintas bot PATI, 28 ditahan

Maritim Malaysia pintas bot PATI, 28 ditahan