Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

KUCHING – Seorang lelaki tempatan yang memiliki enam rekod jenayah lampau akhirnya berjaya ditumpaskan oleh pihak polis dalam satu serbuan di kawasan Taman Eastern Park pada Isnin malam.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, tangkapan ke atas suspek berusia 32 tahun itu telah dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching pada jam 12 tengah hari.  

Menurut beliau, hasil pemeriksaan fizikal ke atas suspek telah membawa kepada penemuan dadah disyaki jenis methamphetamine yang dianggarkan seberat 5.30 gram dengan nilai pasaran pasaran haram mencecah RM500.  

“Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap suspek juga mendapati dia positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. Susulan itu, suspek kini direman selama empat hari bermula esok hingga 29 Ogos ini bagi membantu kelancaran proses siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Mengulas lanjut, Alexson menjelaskan bahawa kes berkenaan kini disiasat mengikut peruntukan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Jika disabitkan kesalahan, suspek bakal berdepan dengan hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun tetapi tidak melebihi lima tahun, berserta sebatan tidak kurang daripada tiga sebatan tetapi tidak lebih daripada sembilan sebatan.  

Tegas beliau, kejayaan operasi tangkapan tersebut adalah hasil daripada risikan berterusan pihak polis serta kerjasama erat yang disalurkan oleh orang awam.  

Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut memberikan amaran keras bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang dikesan terlibat dalam aktiviti pengedaran, pemilikan atau melindungi jenayah pengedaran dadah.  

Bagi memperkukuh usaha pembanterasan secara kolektif, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan salah laku penyalahgunaan dadah di kawasan masing-masing diseru agar segera menyalurkan aduan ke talian hotline JSJN pusat di nombor 012-208 7222 atau terus menghubungi hotline JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di talian 017-592 9211

Related Posts

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

LIMBANG – Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah menyantuni mangsa yang terjejas dalam kebakaran membabitkan empat buah rumah di Kampung Baru Medamit di sini, hari ini. Dalam lawatan itu, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

Oleh: NANA MOHAMAD & EVELINE B SIBU – Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Sibu 1448 Hijrah terus menyemarakkan penghayatan masyarakat terhadap keperibadian luhur Nabi Muhammad SAW menerusi sebuah majlis kesyukuran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah